Wednesday, February 1, 2012

sunnah tidur tengahari

assalamualaikum


orang selalu anggap tidur siang nie sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam pula menganggap sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:


"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.


Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu.Dari James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.







So, banyak manfaat kalau kita tidur tengahari . bukan sahaja sunnah nabi tapi banyak penemuan saintifik yang telah ditemukan oleh pakar-pakar kesihatan tentang kelebihan tidur tengahari . aku engat lagi time sejarah malaysia, cikgu yang ajarnye lari daripade topik dalam buku sejarah tu . aku yang dok belakang dah stim giler babi mate aku . mengantok yaaa amaattt , kau tau . pastu, tetibe cikgu cakap, salah satu adat orang jawa ialah suka tidur waktu tengahari . choyyyy ! tersentap guwa . kebetulan time tu waktu tengahari,aku pulak sudah sememangnya ngantok time tu . benor ke cikgu nie . hurmm..*berfikir sejenak


anyway, jangan kita anggap tidur tengahari ni tido orang malas . its wrong . melainkan laa orang yang tidor dari pagi sampai tengahari .itu membute namenye . so, marilah kita sama sama amalkan sunnah nabi . insyaALLAH kita akan mendapat keberkatan dariNYA .amin .


sekian and peace yaw.


p/s : tidur pon satu ibadah jugak brader ;)