Friday, June 29, 2012

terbaru dan terkini

Assalamualaikum !

sudah lama tak berblog tiba tiba terasa pulak nak menaip selepas baca blog orang . tak sangka ada jugak kawan kawan aku yang bertanya pasal blog aku ni .

kawan : eh tikah, asal blog kau tak boleh bukak ha ?
tikah : aku tutup . kenapa ?
kawan : takde pape, saja tanye aku try bukak tapi tak mau 
tikah : ouhh (sambil membuang pandangan  ke depan )

konon ada orang rindu nak baca blog aku . pui ! takde maknanya . kahkahkah . disebabkan dah lama tak bercerita mungkin entry ni panjang kot (maybe) . okay. lets gooo !

untuk tahun 2012 ni aku rasa ada kelainan bagi diri aku . atiqah alias yang suatu ketika dahulu tak baper gemar amek tahu pasal kpop kpop ni tiba tiba dia jadi salah seorang peminat KPOP . wow ! daebak . see, dah terlepas cakap korea . dah namanya penganggur so kejenya makan,tidur,online jelah itulah rutin harian aku di rumah . makan gaji buta la katakan . hakhak! kadang kadang bosan main facebook aku main game yang aku download, biler dah bosan main game, bukak youtube dengar lagu korea . lagu yang aku suka dengar of course SNSD takpon SUJU yelaa diorang kan group paling famous kat asia tenggara nie . so, biler dah kerap sangat bukak, something yang aku nak tau pasal kpop nie terasa membuak buak . aku rujuk kepada yang pakar . sapa lagi kalau bukan cik timah atau nama dalam IC ,Siti Seri Fatimah . dia memang die hard fan kpop . petang petang aku pergi rumah dia itulah yang selalu dengan dia sembang . dari pukul 6 sampai pukul 7 tajuk kitorang sembang same je,KPOP . daebak !!


mula mula layan We Got Married,pastu Running Man so dari situ sorang sorang retis korea yang aku kenal,contohnya, grup CN BLUE daripada tak kenal sumer aku kenal, yonghwa,jungshin,minyhok,jonghyun. perh ! dulu retis korea sumer aku tak kenal sebab dyorang muka same je ,susah nak cam muka so biler dah minat sorang sorang aku boleh kenal . bangga aku . pui ! bila seri timah citer pasal korea penuh semangat dia berceritanya so aku pulak penuh semangat nak tengoknya . tengok, kan dah berjangkit . bila pegi rumah dia sorang sorang retis korea dia kenal kan kat aku . baru ni, dia cerita pasal grup under YG Entertaiment ,2NE1 satu satunye group perempuan dalam under YG . siap tunjuk lagu bagai .makanya, aku pon minat lahh dengan group tu .lagu mantopp . hahahahaha! bila dah minat korea so ngadap lappy tengok RM je la, dari pagi smpai tengahari ,petang smpai pukul 2 3 pagi . kuat benor penangannya . monday couple, grasshopper, big nose hyung,pororo, sparta kook, kwangsoo giraffe alaaaa, sumer dah set kat dalam palelutut paleotak . kalau something yang aku taktau pasal retis korea ni aku google je laa takpon baca kat wikipedia . senang .


tapi aku aku takboleh laa terlampau suka sangat sebab lappy aku ni kalo aku bawak kat depan aku letak atas meja kalo aku bawak kat dapur aku letak kat karpet je la . kebetulan kat atas meja tu ada surah yassin bukan aku letak memang ada kat situ . hiburan hiburan jugak takut nanti bila dah terlalu minat sangat kang alif ba ta pon tak tau . nasihat tuk diri sendiri je laa . tsk.tsk.tsk. terpaksa kontrol laa jugak something yang aku suka . dalam diam ada jugak yang aku tak gemar kpop ni ,first, ofcourse laa retis korea nie kuat plastic surgery nye bahasa paling mudah pembedahan plastik . diorang suka sangat surgery mata nak bagi bawah mata tu nampak kembung . dah elok elok sepet nak besorkan mata . hak elah ! normal la tu . 


korang yang baca entry ni jangan terkejut pulak sebab itu je laa yang aku mampu cerita nak story pasal cinta, aku duk rumah je pon bila masanya aku nak cari cinta, story pasal kawan rasanya aku dah cerita da kat entry yang dulu . kawan semua okay, cuma tak tahu diorang semua kat mana . ada yang dah keje, mungkin ada yang jadik cam aku . makan gaji buta . tapi takpelah , aku story sikit je laa pasal hati dan perasaan aku ni . cewahh, kunun luahkan perasaan . pui ! pui ! dulu masa sekolah ada la aku minat tapi diam je la sebab kata orang kalau kita minat kat someone better kita diam je, berdoa kat tuhan biar allah bukakan hati masing masing tapi now dah abeh sekolah ,sijil berhenti pon dah ada kat tangan, pengajian am pon dah khatam so, sumer perasaan pon hilang dengan sekelip mata . kahkah ! simpan tuk orang lain pulak .


okay sambung balik pasal korea, kawan kawan aku yang kipas susah mati retis kpop ni kan punya laa semangat membuak buak nak stay kat korea selatan . apa kes pon aku taktau tapi aku agak confuse antara korea utara dengan korea selatan selepas aku google and baca wikipedia barulah aku tau .sikit je pon . many different between south korea and north korea . nak cerita malas pulak kang lari tajuk even aku taktau nak letak tajuk entry ni apa . tapi baru baru ni, satu badan antarabangsa World Justice Project dimana diorang mengkaji semua negara seluruh dunia then diorang decidekan negara mana yang paling aman . mengikut ranking MALAYSIA negara yang ke 19 aman, KOREA SELATAN ditangga yang ke 50 paling aman . so, korang boleh lagi pikir panjang nak stay mana . malaysia atau korea selatan . bagi aku korea selatan tu bila bila masa je nk kena serang dengan korea utara . musuh kot . tapi ni kajian masa 2011 bukan 2012 . harap maklum .


apa lagi ea nak cerita selepas tiga bulan tak mengupdate . hurm . tu je laa kot gamaknye . so tuk kawan kawan yang rasa rasa rindu blog aku , nah entry ni tuk korang . perkembangan terbaru dan terkini dari aku. ceh .

NAH TUK KORANGG !! YEAY.

disnap pada tarikh 16/6/2012


aku natural beauty takde masa nak plastic surgery bagai terima kasih ya ALLAH . tuk speck saje je konon budak nerd . kah kah kah . apah tak hal . okay, happy reading ! <3