Tuesday, September 18, 2012

kenapa perempuan suka berleter ?

assalamualaikum .

BERLETER sinonim dengan perempuan jarang pulak kita dengar lelaki berleter kalau ada pun baper kerat je . majoriti lelaki tak suka perempuan berleter tak kiralah perempuan tu status apa gf, kakak,mak,isteri . tapi lelaki tak boleh lah pandang negatif kat perempuan yang suka banyak cakap ni sebab ada kebaikannya perempuan berleter nie . haaaa, ni laa yang aku nak habaq kat korang ni . 


sebenarnya , perempuan yang suka berleter ni bukan leteran kosong dalam leteran tu dia nak luahkan sesuatu yang dia tak puas hati . okay, contoh macam mak, mak mak kat dunia ni memang suka membebel kat anaknya itu tak boleh ini tak boleh , mungkin dia takut apa apa terjadi kat anak dia thats why dia membebel . and dalam leteran/membebel ni jugak sebenarnya dia sayang kita just taknak show off je . yeke ?. macam aku la tu . bila kita dah terbiasa dengan leteran perempuan lama lama kita jadi lali, ibarat masuk telinga kanan keluar ikut kaki kiri , buat taktau je . macam aku jugakk tu . kahkah


bagi kaum adam, kalau boleh diorang taknak cari isteri yang suka kuat berleter takut rimas katanya . ntah laa aku pun taktau . aku petik kata kata daripada ustaz wan akashah alaaa hubby ustazah bahyah tu, dia kata perempuan yang suka berleter ni sebenarnya memberi kebahagian dalam sesebuah keluarga . seee, beri kebahagiann okay bukan beri kehancuran yang beri kehancuran tu bile si suami jenis yang panas baran dan tak bertolak ansur dgn isteri . asyikkk, nak marah je bila isterinya membebel .


dan rasa bersyukurlah si suami if dapat wife yang sangatttttttttttttt becok mulutnya, sometime membebel nie menceriakan suasana kann . bila kita dah terbiasa dengan enviroment yang riuh dengan mulut orang, one day biler orang tu dah takde tau lahh betapa bosannya hidup . hermm, pahamkan maksud aku .





p/s: guwa dah keje, nanti guwa story kat entry lain .







Wednesday, August 8, 2012

kalau boleh nak selamatkan negara ISLAM


assalamualaikum .


sementara tunggu waktu berbuka aku dok termenung kat tepi kipas ala ala angin bayu gitu sambil tu tangan aku laju membalas mesej kawan aku . entah mengapa entah bagaimana tiba tiba otak aku melayang teringat orang orang yang susah hidupnye. maksud aku macam kebuluran, kegawatan ekonomi,krisis air,peperangan ahhh macam macam laa yang dialami di negara negara lain .


bila kita pikir balik memang laa orang cakap kita kena rasa bersyukur sebab dilahirkan di negara yang aman tanpa peperangan, air elektrik semua cukup, makanan semua ada cakap je apa yang ko nak makan paling koman goreng telur pon dah memadai . ye dop . terdetik dalam hati ni andai kata ditakdirkan aku jadi orang kaya, terkenal,jutawan dan sama waktu dengannya nak sangat aku hulurkan bantuan dekat orang orang yang sangat sangat memerlukan . dalam malaysia lain cerita la tu tnggungjwb ahli parlimen/ADUN kawasan masing2 . jaga kebajikan rakyat .


andai kata aku banyak duit nak je aku terbang pergi negara negara yang memerlukan bantuan contoh mcam Somalia,Pakistan,Myanmar . pastu boleh amik anak angkat sekali alaa macam angelina jolie gitu amek ank angkat sekali 4 campur anak bastardo lagi yg kembar tu dah 6 . kah kah kah ....




okay, back to the topic . sekarang ni banyak terjadi pembunuhan beramai ramai contoh macam di Rohingya, Myanmar . kat sana weh, kebanyakan yang jadi mangsa korban orang Islam . saudara kita sendiri . ibarat perang dunia kedua pulak . tiap tiap hari ada saja jadi mangsa korban . setiap gerak geri diperhatikan . kat mana mana konpem ada pengganas Rakhine . 












punca pembunuhan semua ni bukan sebab peperangan tapi konflik antara kaum etnik Rakhine dengan orang Islam . perempuan dirogol beramai ramai, orang lelaki disembelih , kanak kanak diikat tangannya ke belakang kemudian dicampak ke laut . nauzubillah. tak ke sadis dengarnye tu . kejam kejammmm ! . dan disebabkan konflik tu orang orang Rohingya jadi pelarian antara negara yang jadi tempat pelarian Bangladesh,Pakistan,Malaysia, Thailand dan negara negara Timur Tengah yang lain .


itu di Myanmar negara di asia tenggara berjiran dengan Malaysia . tak jauh dekat je pon . yang ni pulak baru je lagi . negara di timur tengah iaitu Syria . konflik yang berlaku ni sama macam Mesir, Iraq, Pakistan . semua kekejaman yang berlaku ni disebabkan pemimpin negara tu sendiri .








selalu aku terpikir dari mana datangnya nama basyar ni .nama tempatkah ? rupanya tentera basyar nie merupakan tentera dibawah pemerintahan perdana menteri tu sendiri, Basyar Al Asad . aduhaii, perdana menteri sekarang ni makin menjadi jadi dilantik menjadi pemimpin untuk menggalas tanggungjawab sebagai menteri tapi jadi binatang pula yang selalu dahagakan darah manusia . 


dah dua negara aku cerita, now masuk negara lain pulak . Somalia. seperti yang kita tau negara ni ada krisis makanan, pastu kemarau berpanjangan hujan setahun baper kali je pon . kalau kita makan pastu makanan tu tak habis konpem kita buang dah membazir dapat kawan pulak kawan yang TERsangat prihatin 


'weh, tak baik membazir ko tak tengok ke orang somalia camner? berhari hari tak makan kita kat sini buang buang makanan . 

okayy, selalu kan kena sedas camtu kita pon nak buat camner if kita ada kat negara Somalia memang dah lama aku hulurkan . nak sedekah dekat jiran, jiran pulak orang kaya makan nak standard.selalu paling standard makan pakai sudu,pisau, garpu .












apa yang berlaku kat Somalia ni dapat perhatian PBB . banyak bantuan yang diberikan kat negara ni antaranya bekalan makanan, ubat ubatan dsbnya . dan akibat kebuluran jugak laa angka kematian  meragut berpuluh puluh ribu dalam tempoh 3 bulan je dan kebanyakannya kanak kanak . see, kalau kita tanam jagung pun takguna sebab nak siram pakai apa air kat telaga pun dah kontang ni kan pulak nak bela binatang tak sampai 2 minggu lembu jadi rangka . 


cakap pasal somalia baru aku teringat . ada satu temubual antara mufti arab saudi yang berlangsung di kaca tv dan seorang pemanggil dari rakyat Somalia bertanyakan soalan yang berbunyi begini :

'Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (iftar)?'

selepas soalan diajukan mufti tersebut menangis kerana tersentap jiwanya dgn penderitaan yg dialami oleh mereka, hati mukmin mana tak tersentuh percepatkan berbuka puasa dan melewatkan sahur merupakan sebahagian sunnah nabi dan mereka pulak rakyat Somalia tidak bersahur tidak berbuka kerana tiada makanan untuk dijamah . allahurabbi . kita disini dihidangkan dengan lauk yang mewah dan mereka pula disana menderita dengan perut kosong tiada makanan walaupun sebiji kurma .


macam yang aku cakap tadi, andai kata aku banyak duit separuh daripada harta tu aku derma kat dyorang, pastu aku akan buat sebuah sekolah tuk anak anak yg ketinggalan pelajaran. mereka yang takde tempat berlindung aku selamatkan dyorang, bawak pergi jauh dari peperangan,lagi apa ek, then, mana anak anak yang hilang ibu bapa akibat peperangangan krisis kaum dsbnya aku amik buat anak angkat dan kalau boleh aku nak selamatkan negara ISLAM daripada semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kekejaman yang ada kat dunia ni .

tapi apakan daya aku hanya mampu berdoa saja untuk mereka . semoga saudara saudara kita di sana sentiasa di bawah lindungan ALLAH dan mereka yang berjihad ke jalan ALLAH, syurga menanti mereka disana . aminn ~



salam ;)




Thursday, August 2, 2012

puasa ke tak ni ?

assalamualaikum !

okeh, sebab bosan sangat malam ni jadi aku update la tuk seketika .

masuk ramadhan jadual hidup aku berubah sekejap . selalu wake up 6.30 pagi then kemas rumah . now, bangun sahur 5 suku pastu solat subuh lepas subuh ngaji pastu tido . terasa panas je kaki ni bukak mata baru aku sedar matahari dah tnggi . hebad tak hebad . disebabkan aku memang tak suka mandi pagi so bangun tido sekadar gosok gigi dan cuci muka . segar sentiasa . ohyeahhh

macam biasa, on9 je kejenye . balik balik fb , balik balik korea . so, biler bukak fb bace status orang, kadang rasa menyampah, kadang rasa nak tampo laju laju . sebab budak tak cukup umur macam biasala update tak puas hati itu tak puas hati ini . contoh macam ni ,

'kau dah elok bertudung cantik, tapi perangai macam blablabla...'

ya allahh ! puasa ke tak ni ?? nk komen malas pulak, sendiri boleh pikir kan . ishh, adik adik ni . perangai orang tak payah cerita tengok perangai sendiri sudah . agak agak cukup amalan dunia akhirat bila bila masa kau boleh perlekehkan perangai orang , okay !


hurmmm, bosan dah hilang maka tamat sudah bedtime story dari aku . 

salam :)

p/s : hampir hampir terlupa nak niat puasa esok . fuhh !!







Friday, July 20, 2012

marhaban ya RAMADHAN

assalamualaikum :)

firstly, rasa bersyukur sangat sebab berjumpa lagi ramadhan untuk tahun ni . syukur sangat sangat . ALHAMDULILLAH . dan aku harap sangat ramadhan tahun ni takde perkara perkara buruk yang berlaku macam tahun tahun lepas . ramadhan tahun 2010 lepas, lagi lima hari nak sambut raya abang aku yang no 3 meninggal eksiden dekat kemaman .pergh , terkejut usah cakap laa brader, aku orang pertama yang di-call dengan kakak ipar aku . wuwuwuwuwu~~ sedih sedih, aku tak boleh nak teruskan cerita ni sebab...tsk.tsk tsk...aku dah cerita laa pasal ni kat entry dulu , kalo rajin cari laa . kuikui . then, ramadhan tahun 2011 moto LC abang aku hilang ,first ramadhan pulak tu . dah buat report polis, dah mantera sana sini pun sampai sekarang tak jumpa jugak moto tu . mungkin dah barai . mungkin .  


okay okay, itulah perkara perkara buruk yang berlaku dalam bulan ramadhan tahun tahun lepas . thats why, aku harap sesangat harap sangat sangat ramadhan tahun ini ada hikmah apa yang berlaku tahun tahun lepas . mengharap je laa kita mampu, hikmah tak boleh dicari brader, biar ia datang sendiri . so, macam biasa laa bila datang bulan ramadhan semua umat Islam berlumba lumba nak cari pahala tambahan . beb, kau hengat senang ke selagi nyawa dikandung badan, selagi ALLAH bagi peluang tuk kita hidup kat tanah milik DIA buat lah amal ibadat banyak banyak lagi lagi bulan puasa cenggini.


kebetulan surau depan rumah aku dah siap so, takde alasan laa taknak terawih mau kena kerat patbelas dengan bapak guwe . bapak aku cakap nanti bulan puasa tiap tiap minggu khatam quran. aku boleh je, tu pun kalo aku rajin, aku ni pemalas sikit . kahkahkah . okay, korang pon maybe dah diajar kan masa sekolah agama dulu, bulan ramadhan ni banyak kelebihannya . datang bulan ramadhan segala pintu api neraka akan ditutup dan segala seksaan ahli kubur akan dihentikan . ini bagi menghormati bulan ramadhan . bukan tu je, segala jenis jembalang ,iblis,syaitan akan dibelenggu atau dirantai .


kalau dah dirantai macam maner boleh ada jugak orang tak puase, maksiat sana sini . itu bukan sebab setan tapi iman kita sendiri yang tak kuat. iman yang kuat akan menahan segala nafsu nafsu dalam diri kita, contoh, nafsu melihat pakaian menjolok mata, daripada makan minum, sifat marah dsbnya . jadi, bila datang bulan puasa tingkatkan iman , bila kuat iman kita maknanya kita berjaya kawal nafsu diri kita . cakkkk, macam pakar motivasi pulak aku ni . huhuhuhu~~ okay, sambung lagi . ALLAH akan buka pintu taubat seluas luasnya , waktu ni laa ALLAH bagi can kat hambaNya tu bertaubat tak kira lahh dosa kecil dosa besar, anytime . 


cadang nak sambung lagi tapi aku pulak yang malas, memang pemalas aku ni . anyway, korang yang membaca entry aku ni hope orang dpt tingkatkan ibadah tuk ramadhan tahun ni, kot kot tahun depan tak jumpa lagi waahu'alam . 

salam and peace yo !



'marhaban ya ramadhan , selamat menyambut ramadhan al mubarak 1433H'





Thursday, July 19, 2012

kita cakap kita buat


hurm, setakat cakap semua orang boleh cakap tapi berapa ramai yang buat apa yang dicakapkan itu . kiranya macam bajet bagus laa orang tu . contoh, kalau kita lapar , kita cakap nak makan tapi kita tidur tak kenyang . apa kes ?  kena makan dulu laa baru best, ye dop . sama laa macam cakap, setakat cakap tapi tak buat mana nak dapt hasilnya beb . *aku cam terasa pulak dgn ayat yg aku taip ni . cisss ~




  • kita cakap kita sayang ISLAM tapi kita buat jugak semua yang ISLAM larang
  • kita cakap kita percaya TUHAN tapi apa yang tuhan suruh tak jugak dibuatnya
  • kita cakap kita sayang NABI tapi ajarandan sunnah NABI ita tak buat/tinggalkan
  • kita cakap maksiat tu berdosa tapi yang tu lah kita buat hari hari ( tanpa kita sedari)
  • kita cakap nak masuk SYURGA tapi amalan kita ke NERAKA.
  • kita cakap kita sayang negara tapi kita sendiri jugak yang melingkupkan negara (belia benci dadah kunun, puii !)


itulah yang aku maksudkan sebenarnya, bila ditanya semua kita jawab iyaa, sayang tapi kita sekadar cakap je tanpa kita sedari kita tak tunjukkan sayang tu . kadang kadang aku pun cenggitu jugak , so, takpayah nak salahkan sape sape tengok diri sendri tu camner ea . dah lahh, aku nak muhasabah diri jap.



salam ;)

Sunday, July 8, 2012

pemimpin diktaktor

Assalamualaikum


pemimpin diktaktor ? apakah itu ? pemimpin yang menggunakan segala kuasa mutlaknya untuk menindas rakyatnya dengan sesuka hati , menindas dengan begitu kejam . jika ada rakyat yang berani menentang pemimpin tersebut maka akan dibunuh dengan sekejam kejamnya . kalau kita repeat balik kisah Firaun masa zaman nabi Musa a.s, bagaimana dia membunuh tukang sikat anaknya, Mashitah dengan begitu kejam . mencampakkan seluruh ahli keluarga Mashitah ke dalam rebusan air yang sangat panas . begitu juga dengan pemimpin dunia hari ini , mereka seperti Firaun di abad 21 . okay, meh aku cerita sorang sorang pemimpin yang kejam yang ada kat dunia ni .


ARIEL SHARON (ISRAEL)


Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang suatu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kerosakan dan kezaliman ke atas bumi Palestin. Pembunuhan, penyembelihan ,penindasan, pengeboman dan bermacam-macam lagi kekejaman tentera Israel di bawah arahan beliau . Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari tarikh beliau berkhidmat 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh tersebut diktaktor ini telah banyak merosakkan bumi Palestin . Penduduk Palestin hanya mampu mengalirkan air mata melihat kekejaman yang telah dilakukan oleh tentera beliau . Ramai pejuang telah terkorban kerana kekejamannya . 

Banyak negara tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut akibat kekejaman yang telah dilakukan ke atas negara lain. Pada awal tahun 2006, beliau jatuh koma secara tiba-tiba dan akibatnya beliau kini umpama mayat hidup . Mungkin itulah balasan Allah kepadanya yang suka melakukan penindasan dan kekejaman .



IDI AMIN (UGANDA)

Jeneral Idi Amin Dada Oumee atau lebih dikenali sebagai Idi Amin dilahirkan di Koboko ,Uganda sekitar tahun 1925 adalah diktaktor tentera dan Presiden Uganda yang memerintah pada tahun Januari 1971 hingga April 1979 . Sewaktu pemerintahan beliau, beliau banyak melakukan kekejaman dari segi politik dan kaum seperti penganiayaan etnik, penindasan politik, pelanggaran hak asasi manusia, pembunuhan pengadilan ekstra dan pengusiran orang-orang Asia dari Uganda . Pada waktu pemerintahannya, beliau memberi waktu selama 90 hari kepada orang Inggeris untuk keluar daripada negara tersebut kerana ingin memberikan kemerdekaan sepenuhnya kepada rakyat Uganda .

Dan kebanyakan pingat pingat yang terlekat di dadanya itu (seperti gambar di atas) kebanyakannya adalah pingat buatannya sendiri bukan pingat pengiktirafan daripada mana mana kerajaan Uganda atau peringkat antarabangsa . Selepas banyak penganiayaan yang telah dilakukan khirnya beliau berjaya dgulingkan pada tahun 1979 oleh tentera nasionalis Uganda . Dan akhirnyya beliau diusir daripada negaranya sendiri dan beliau meninggal dalam buangan pada 16 Ogos 2003 di Jeddah ,Arab Saudi .


ADOLF HITLER (JERMAN)


Adolf Hitler adalah seorang perancang yang pintar, pemidato yang hebat, dan seorang tokoh politik yang telah menjadi idoa di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-1n. Beliau terlibat dalam Perang Dunia Pertama tetapi memainkan peranan penting dalam Perang Dunia Kedua . Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk Jerman walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat . Beliau juga dilabel oleh kebanyakan orang barat sebagai orang yang kejam, bengis, diktaktor yang gila kuasa, dan misainya yang kontot ( sedikit penambahan oleh penulis blog ini ,kahkah).


Diktaktor Jerman sekaligus pemimpin Nazi ini memeranjatkan pihak musuh dan jeneralnya sendiri ketika Perang Dunia Kedua dengan menggunakan taktik blitzkrieg iaitu serangan melalui udara,darat secara besar besaran ketika menyerang Poland pada September 1939 . Sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua rakyat Jerman telah menolak Nazi kerana menganggap parti tersebut sebagai parti samseng berikutan ramai penyokong parti tersebut dibunuh oleh beliau . Dalam Perang Dunia Kedua, Hitler banyak mengalami kekalahan menyedari keadaan tersebut dia mengambil keputusan untuk membunuh diri bersama isterinya dengan membakar diri pada 30 April 1945 . Dengan cara tersebut, dia tidak mahu mayatnya jatuh ke tangan pihak musuh .



HOSNI MUBARAK (MESIR)


Hosni Mubarak dilahirkan pada 4 Mei 1928 dan merupakan Presiden Mesir ke 4 yang paling lama memegang tampuk kerajaan  bermula pada tahun 1981 hingga 2011. Di bawah pimipinan beliau , beliau menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat . Bantuan milion dollar AS berhasil didapatkannya untuk menlindungi Israel dan membasmi politik Islam . Mubarak juga membantu Palestin dalam perjuangan Fatah yang dipimpin oleh Yasser Arafat .


Pada 2 Jun 2011, Mubarak dihukum penjara seumur hidup kerana didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat dalam menggulingkan beliau pada 2011.Selain itu, beliau juga disabitkan kesalahan menjual gas asli ke Israel dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran .Turut dibicarakan ialah anaknya, Alaa dan Gamal serta rakan perniagaannya, Hussien Salem atas tuduhan rasuah .





okay, tu je la yang aku dapat tulis . nak banyak lagi korang search laa sendiri . kita bersyukur laa sebab pemimpin tak sekejam cenggini . ye dop . tapi semua pemerintahan kuku besi yang diktaktor amalkan telah pun berakhir sekarang kebangkitan rakyat akan bermula . let and see . 


salam .















Friday, June 29, 2012

terbaru dan terkini

Assalamualaikum !

sudah lama tak berblog tiba tiba terasa pulak nak menaip selepas baca blog orang . tak sangka ada jugak kawan kawan aku yang bertanya pasal blog aku ni .

kawan : eh tikah, asal blog kau tak boleh bukak ha ?
tikah : aku tutup . kenapa ?
kawan : takde pape, saja tanye aku try bukak tapi tak mau 
tikah : ouhh (sambil membuang pandangan  ke depan )

konon ada orang rindu nak baca blog aku . pui ! takde maknanya . kahkahkah . disebabkan dah lama tak bercerita mungkin entry ni panjang kot (maybe) . okay. lets gooo !

untuk tahun 2012 ni aku rasa ada kelainan bagi diri aku . atiqah alias yang suatu ketika dahulu tak baper gemar amek tahu pasal kpop kpop ni tiba tiba dia jadi salah seorang peminat KPOP . wow ! daebak . see, dah terlepas cakap korea . dah namanya penganggur so kejenya makan,tidur,online jelah itulah rutin harian aku di rumah . makan gaji buta la katakan . hakhak! kadang kadang bosan main facebook aku main game yang aku download, biler dah bosan main game, bukak youtube dengar lagu korea . lagu yang aku suka dengar of course SNSD takpon SUJU yelaa diorang kan group paling famous kat asia tenggara nie . so, biler dah kerap sangat bukak, something yang aku nak tau pasal kpop nie terasa membuak buak . aku rujuk kepada yang pakar . sapa lagi kalau bukan cik timah atau nama dalam IC ,Siti Seri Fatimah . dia memang die hard fan kpop . petang petang aku pergi rumah dia itulah yang selalu dengan dia sembang . dari pukul 6 sampai pukul 7 tajuk kitorang sembang same je,KPOP . daebak !!


mula mula layan We Got Married,pastu Running Man so dari situ sorang sorang retis korea yang aku kenal,contohnya, grup CN BLUE daripada tak kenal sumer aku kenal, yonghwa,jungshin,minyhok,jonghyun. perh ! dulu retis korea sumer aku tak kenal sebab dyorang muka same je ,susah nak cam muka so biler dah minat sorang sorang aku boleh kenal . bangga aku . pui ! bila seri timah citer pasal korea penuh semangat dia berceritanya so aku pulak penuh semangat nak tengoknya . tengok, kan dah berjangkit . bila pegi rumah dia sorang sorang retis korea dia kenal kan kat aku . baru ni, dia cerita pasal grup under YG Entertaiment ,2NE1 satu satunye group perempuan dalam under YG . siap tunjuk lagu bagai .makanya, aku pon minat lahh dengan group tu .lagu mantopp . hahahahaha! bila dah minat korea so ngadap lappy tengok RM je la, dari pagi smpai tengahari ,petang smpai pukul 2 3 pagi . kuat benor penangannya . monday couple, grasshopper, big nose hyung,pororo, sparta kook, kwangsoo giraffe alaaaa, sumer dah set kat dalam palelutut paleotak . kalau something yang aku taktau pasal retis korea ni aku google je laa takpon baca kat wikipedia . senang .


tapi aku aku takboleh laa terlampau suka sangat sebab lappy aku ni kalo aku bawak kat depan aku letak atas meja kalo aku bawak kat dapur aku letak kat karpet je la . kebetulan kat atas meja tu ada surah yassin bukan aku letak memang ada kat situ . hiburan hiburan jugak takut nanti bila dah terlalu minat sangat kang alif ba ta pon tak tau . nasihat tuk diri sendiri je laa . tsk.tsk.tsk. terpaksa kontrol laa jugak something yang aku suka . dalam diam ada jugak yang aku tak gemar kpop ni ,first, ofcourse laa retis korea nie kuat plastic surgery nye bahasa paling mudah pembedahan plastik . diorang suka sangat surgery mata nak bagi bawah mata tu nampak kembung . dah elok elok sepet nak besorkan mata . hak elah ! normal la tu . 


korang yang baca entry ni jangan terkejut pulak sebab itu je laa yang aku mampu cerita nak story pasal cinta, aku duk rumah je pon bila masanya aku nak cari cinta, story pasal kawan rasanya aku dah cerita da kat entry yang dulu . kawan semua okay, cuma tak tahu diorang semua kat mana . ada yang dah keje, mungkin ada yang jadik cam aku . makan gaji buta . tapi takpelah , aku story sikit je laa pasal hati dan perasaan aku ni . cewahh, kunun luahkan perasaan . pui ! pui ! dulu masa sekolah ada la aku minat tapi diam je la sebab kata orang kalau kita minat kat someone better kita diam je, berdoa kat tuhan biar allah bukakan hati masing masing tapi now dah abeh sekolah ,sijil berhenti pon dah ada kat tangan, pengajian am pon dah khatam so, sumer perasaan pon hilang dengan sekelip mata . kahkah ! simpan tuk orang lain pulak .


okay sambung balik pasal korea, kawan kawan aku yang kipas susah mati retis kpop ni kan punya laa semangat membuak buak nak stay kat korea selatan . apa kes pon aku taktau tapi aku agak confuse antara korea utara dengan korea selatan selepas aku google and baca wikipedia barulah aku tau .sikit je pon . many different between south korea and north korea . nak cerita malas pulak kang lari tajuk even aku taktau nak letak tajuk entry ni apa . tapi baru baru ni, satu badan antarabangsa World Justice Project dimana diorang mengkaji semua negara seluruh dunia then diorang decidekan negara mana yang paling aman . mengikut ranking MALAYSIA negara yang ke 19 aman, KOREA SELATAN ditangga yang ke 50 paling aman . so, korang boleh lagi pikir panjang nak stay mana . malaysia atau korea selatan . bagi aku korea selatan tu bila bila masa je nk kena serang dengan korea utara . musuh kot . tapi ni kajian masa 2011 bukan 2012 . harap maklum .


apa lagi ea nak cerita selepas tiga bulan tak mengupdate . hurm . tu je laa kot gamaknye . so tuk kawan kawan yang rasa rasa rindu blog aku , nah entry ni tuk korang . perkembangan terbaru dan terkini dari aku. ceh .

NAH TUK KORANGG !! YEAY.

disnap pada tarikh 16/6/2012


aku natural beauty takde masa nak plastic surgery bagai terima kasih ya ALLAH . tuk speck saje je konon budak nerd . kah kah kah . apah tak hal . okay, happy reading ! <3






Wednesday, February 1, 2012

sunnah tidur tengahari

assalamualaikum


orang selalu anggap tidur siang nie sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam pula menganggap sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:


"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.


Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu.Dari James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.







So, banyak manfaat kalau kita tidur tengahari . bukan sahaja sunnah nabi tapi banyak penemuan saintifik yang telah ditemukan oleh pakar-pakar kesihatan tentang kelebihan tidur tengahari . aku engat lagi time sejarah malaysia, cikgu yang ajarnye lari daripade topik dalam buku sejarah tu . aku yang dok belakang dah stim giler babi mate aku . mengantok yaaa amaattt , kau tau . pastu, tetibe cikgu cakap, salah satu adat orang jawa ialah suka tidur waktu tengahari . choyyyy ! tersentap guwa . kebetulan time tu waktu tengahari,aku pulak sudah sememangnya ngantok time tu . benor ke cikgu nie . hurmm..*berfikir sejenak


anyway, jangan kita anggap tidur tengahari ni tido orang malas . its wrong . melainkan laa orang yang tidor dari pagi sampai tengahari .itu membute namenye . so, marilah kita sama sama amalkan sunnah nabi . insyaALLAH kita akan mendapat keberkatan dariNYA .amin .


sekian and peace yaw.


p/s : tidur pon satu ibadah jugak brader ;)

Saturday, January 28, 2012

dari novel terus ke tv

assalamualaikum .

aku start gatai miang baca novel masa aku tingkatan 3 . time tu bermulalah dunia baru aku . ehem..ehem.. paham paham je laa maksud aku tu . budak baru nak up . asal aku baca novel cinta kawan kawan aku pon mule le kate, 'eh, tikah bace novel . wahh makin matang dah tikah' and blablabla . wth . ate , mana tak peliknya budak budak cam aku dah pandai baca novel cinta yaww . 

kata orang baca novel nie boleh belajar camner nak bercinta . okay .itu mengarut nye . mengarut bagi aku bagi korang. entah . baca novel lagi feeling daripada baca sejarah tingkatan 4 . sebab aku boleh habiskan satu novel dalam masa 2 hari untuk 453 mukasurat . hebat kan ? tapi kalau aku susah tidor aku baca sejarah tingkatan 4 tentang perjanjian pangkor . alhamdulillah dengan secara tak sengaja terlelap jugak aku . itulah perbezaannya . 

kalau perasan sekarang nie kan semakin berlambak drama drama tv yang diadaptasi dari novel . Nora Elena, Dingin Lavenda, Gemersik Kalbu, Bicara Hati, Ombak Rindu,Stanza Cinta semua cerita ini asal dari kampung novel . tapi, takdela 100% dari novel terus masuk tv .director akan discuss dengan author novel tu then tapis adegan maner yang tak wajar ditonton . 










hahahahahahahahahah . terlampau rajin sangat aku nie, sumer gamba aku nak masuk . tapi, cerita dari novel yang paling hot orang cerita of course laa Ombak Rindu . mase citer nie hot, aku bukak facebook penuh new feed respon daripada dyorang after tengok movie tu . ade kate sedih laa, hape laa . aku takde feeling pape sebab aku tak tengok citer tu . hahahahaha . aku taktau pulak yang durasi citer tu almost 2 hour  nie pon ade membe aku yang cakap. ouhhh menn . memang kematu bontot tapi berbaloi sebab mengalir jugak air mata korang yang tengok . 


papepon, kita perlu appreciate to director director yang mampu menghasilkan sebuah karya tempatan yang datang terus dari novel dan secara langsung juga menaikkan nama author novel tu kan . income pon banyak masuk sebab asal ade drama baru masuk tv dandan le dyorang nak cari novel tu . lumrah laa kan maybe dyorang nak seiring episode cerita tu dengan mukasurat yang dibaca .


p/s : aku tanye membe aku antara citer novel dengan kat tv maner rase best , membe aku cakap novel best sebab takde tapis  tapis direct je, kalau kat tv banyak adegan 'panas' ditapis . memang cerdik betoi akal membe aku nie . (^_^)

nickname

nickname-nama samaran-gelaran and anything else . semua orang ade and selalunye yang menggatal bagi gelaran nie kawan kawan atau keluarga kita sendiri . asal ada perangai buruk yang kita buat mula laa nak bagi 'pangkat' kat kita .

budak cewek.
  
   dulu masa aku kecik kecik aku paling kuat menangis . tak kiralah kuat menangis dalam kawan kawan or dalam keluarga . aku lah juara . bhaahahahaha !! asal kena marah, menangis . kene cubit, menangis . jatuh dalam air limbah, menangis . lambat makan sebab ada kelas malam, menangis . tak meriah rumah aku kalau aku tak menangis . oleh kerana kekerapan menangis makanya gelaran 'budak cewek' tu abang aku yang bagi . ohh setan sungguh . *cewek/cengeng dalam bahasa jawa menangis dekat indon cewek adalah perempuan . harap paham ye . makanya juga dari situlah memey suhaiza dapat namanya . MEMEY . kuat menangis . sekian .

tikah shot

  name nie time aku sekolah menengah dulu dulu . hahaha. sembang macam dah bertahun tahun tinggalkan sekolah tu padahal baru 3 tahun . see yaa . time nie i sekolah kat lambor dulu . shot stand for ..............hermm..ntah taktau . katanya sebab aku buat lawak dengan sesuka hati tanpa memikirkan keadaan sekeliling . auwww. bahasa skema . i mean buat lawak yang hiperbola atau melampau lampau hinggakan orang ingat otak cerebrum aku dah putus . tu pasai aku kena panggil dengan kaunseling sebab buat lawak ketika subjek perdagangan dan kesusasteraan melayu . terima kasih cikgu yang mengadu . sekian .

otai kenet

  nama nie budak kelas mpv yang bagi . otai sebab aku dengan selamba gajahnye hempuk budak laki pakai buku sains yang setebal 46 page . otaikah itu ?? otai dalam kamus dewan bermaksud orang lama tapi dalam kamus budak sekolah otai meaning budak yang perasan handal dan perasan kuat . bajet gengster . masa stay at hostel lambor dulu aku pernah kopakkan pintu loker budak junior sebab kuncinya tertinggal dalam loker . oleh kerana aku kakak senior yang baik aku tolong laa . otai juga sebab dalam buku displin asrama nama ATIQAH ALIAS laa yang paling banyak sekali sebab turun prep petang lambat . so, tak hairan lah dalam rekod sekolah 2009 pon ada nama aku sebab bergaduh . sekian .


jawa
  sebab  tujuh keturunan aku orang jawa . jawa selangor . bahagian lembah dasupaling- jambi - indonesia . okay, rekaan semata mata . sebab aku kalau sembang dengan kawan kawan terkeluar slang jawa aku . oh menn , malu bila kawan aku tegurnya . but, nevermine . biler bagi makanan kat dyorang pon dyorang akan merasa was was . padahal itu tapai ubi je . lastnya, aku jugak yang makan . sekian


okay, itu laa nickname yang aku ada selama ni . always remember in my mind . ada maksud yang tersembunyi . dan ada banyak kenangan . tapi semua nickname tu membe membe aku bagi masa aku ber'khidmat' kat sekolah lambor dulu . kat sekolah jalil pulak aku takde nickname sebab aku tak berape nak mesra dengan budak jalil .



sekian . 

Friday, January 27, 2012

perspektif orang sekeliling : kahwin awal

assalamualaikum

tajuk entry aku tu memang seiring dengan usia aku yang muda . kankan . aku nie macam buang tebiat pon ade tetibe je nak bukak isu semasa . ape jadah ntah aku nie ?? dahdah, meh aku story sikit kawen muda nie banyak kebaikan ke or keburukan .


orang tua zaman dulu dulu suka kahwinkan anaknya dalam usia muda . asal habeh sekolah terus dikahwinkan , puncanya aku pun taktau laa . contoh paling terdekat macam mak aku laa, mak aku cakap dia kawen mase umur dia 14 tahun .taktau la betol ke idak, ade masenye mak aku nie saje je nak 'kencing' aku . biler tanye mak aku pernah bercinte ke tidak jawapannye ...dapat maki . haha . sebab mak aku tak suke share share benda camnie . selalunya mak bapak dulu dulu akan carikan jodoh untuk anaknya . macam mak aku tu . alias ngan siti tak pernah bercinta .  akhirnya, kekal sampai sekarang . HAHA

tapi tahun 2012 nie kan ramai jugak yang kahwin muda . serius, aku rasa jeles pon ade . dalam undang undang negara kita nie umur 16 tahun dah boleh kawen dah apatah lagi aku ni yang dah berumur 20 tahun . semalam, tengah bosan bosan layan facebook tetibe ade satu page nie pasal kahwin muda .



hamboi, kemain bahgia deme lepas kahwin ea . tapi itulah kebenaranya. dalam al quran pon ade cakap dalam hadis pon ade tulis . kahwin muda memang digalakkan dalam islam sebab banyak keberkatannya . daripada kita buat perkara yang bukan bukan pegang sana pegang sini better kahwin lebih dari tu kau boleh buat doe . asalkan dalam ikatan yang sah . aku pernah menyuarakan hasrat nie kat mak aku . saje je laa kononnye . alih alih terus mak aku muncung 5'2 inci sekali kening berkerut 14 . zaman sekarang bila kita kahwin awal orang cakap gatal laa, ape laa macam macam .

memang tak dinafikan sesetengah mak bapak suruh kita belajar pandai pandai jangan dok sebuk pikir sal kahwin . aku ingat lagi masa aku kecik kecik . aku pegi kedai beli buku kosong .buku tu aku beli kononnya nak buat buku biodata . pegi dekat kawan kawan then suruh diorang buat biodata sendiri . selalunya biodata tu diakhiri dengan prinsip laa, kata kata hikmah, ucapan . macam macam . tapi 5 daripada 15 membe aku yang tulis biodata tu akan wish camnie kejar cita-cita dulu baru kejar cinta . selalunya yang rajin kutip biodata nie keje orang perempuan . dan selebihnya akan tulis camni kahwin nanti jangan lupe jemput takpon cepat cepat kahwin aku teringin nak makan nasi minyak kau . bunyinya macam menggalakan kita suruh cepat naik pelamin . tapi takpe itu maknenye dia menyuruh kita ke arah kebaikan .tapi tu prinsip dulu dulu punya dah lapuk dek zaman, sekarang dengan tak malu dyorang akan tulis 'doakan aku cepat dapat jodoh' paling tak malu 'insyaallah 2 tahun lagi aku kahwin' . teruja aku membacenye sebab dia dah plan awal awal nak kahwin .takpelaa, kalo dia berusaha insyaallah impiannya menjadi kenyataan dengan izin ALLAH . ye dak .

jadi kalau ada kawan kawan kita yang dah bina masjid dalam usia yang muda haruslah mendoakan rumahtangga mereka . jangan laa bagi kata kata yang negatif pulakk daaa kira beruntung mereka kahwin awal nie sebab ALLAH dah putuskan mereka dengan nikmat dunia .maksudnya takdelaa pegi merayau tak tentu hala buat perkara yang melalaikan sebab masing masing dah ade tanggungjawab . contohnye macam Nabi Muhammad SAW kahwin dengan Siti Khadijah masa umur baginda 25 tahun . muda kan ?

ada orang pulak taknak kahwin awal awal sebab nak enjoy dulu dengan membe membe nanti dah kahwin confirm kene control dengan suami/isteri . takpelahh, kalau dah taknak camtu kan . kahwin nie memang laa tak wajib tapi ia sunnah nabi .jangan sampai tak kahwin sudah sebab kitakan selalu dengar kalau tak kahwin nabi tak mengaku umat . memang pon . harap harap kita takdelah camtu . jodoh memang ALLAH yang tentukan . itu memang benar dan sahih tapi kita sendiri kene berusaha mencarinya .takboleh mengharapkan pertolongan ALLAH semata mata . usaha dulu , berdoa kemudian tawakal . lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya . so, tak hairanlah kalau aku dah target umur aku 22 tahun baru aku nak kahwin . itulah azam 2014 aku . kau hado ??




kekasih lama ku dirampas orang lain . sobsob :'(


'apabila seseorang hamba ALLAH telah bersuami isteri maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya dan pada separuh yang lain hendaklah bertaqwa kepada ALLAH'

(riwayat oleh baihaqi)


salam and peace yaw ^,^



Monday, January 23, 2012

helo 2012

assalamualaikum teman teman sekalian


hampir sebulan rumah aku tak berinternet, gara gara moderm terbakar . maka segala informasi dan hal ehwal semasa sumer aku taktau ibarat aku ketinggalan zaman . HAHA . dengan ini aku online kat cc je laa tu pon seminit dua je . tapi skang moderm guwa dah sihat maa . online di RUMAH . *muke happy . pabila segala galanya ketinggalan aku wish new year pon lambat laa . kesah ape aku . okay, biler internet dh berjalan di dalam rumah tibe tibe rase bosan pulak . ateee, yele awokk rase kekok le katekan . nak update blog nie pon rasa lain macam je . dah laa, just say HELO 2012 and HAPPY CHINESE NEW YEAR . okbye :)