Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

sunnah tidur tengahari

assalamualaikum


orang selalu anggap tidur siang nie sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam pula menganggap sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:


"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.


Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu.Dari James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.







So, banyak manfaat kalau kita tidur tengahari . bukan sahaja sunnah nabi tapi banyak penemuan saintifik yang telah ditemukan oleh pakar-pakar kesihatan tentang kelebihan tidur tengahari . aku engat lagi time sejarah malaysia, cikgu yang ajarnye lari daripade topik dalam buku sejarah tu . aku yang dok belakang dah stim giler babi mate aku . mengantok yaaa amaattt , kau tau . pastu, tetibe cikgu cakap, salah satu adat orang jawa ialah suka tidur waktu tengahari . choyyyy ! tersentap guwa . kebetulan time tu waktu tengahari,aku pulak sudah sememangnya ngantok time tu . benor ke cikgu nie . hurmm..*berfikir sejenak


anyway, jangan kita anggap tidur tengahari ni tido orang malas . its wrong . melainkan laa orang yang tidor dari pagi sampai tengahari .itu membute namenye . so, marilah kita sama sama amalkan sunnah nabi . insyaALLAH kita akan mendapat keberkatan dariNYA .amin .


sekian and peace yaw.


p/s : tidur pon satu ibadah jugak brader ;)

Friday, January 27, 2012

perspektif orang sekeliling : kahwin awal

assalamualaikum

tajuk entry aku tu memang seiring dengan usia aku yang muda . kankan . aku nie macam buang tebiat pon ade tetibe je nak bukak isu semasa . ape jadah ntah aku nie ?? dahdah, meh aku story sikit kawen muda nie banyak kebaikan ke or keburukan .


orang tua zaman dulu dulu suka kahwinkan anaknya dalam usia muda . asal habeh sekolah terus dikahwinkan , puncanya aku pun taktau laa . contoh paling terdekat macam mak aku laa, mak aku cakap dia kawen mase umur dia 14 tahun .taktau la betol ke idak, ade masenye mak aku nie saje je nak 'kencing' aku . biler tanye mak aku pernah bercinte ke tidak jawapannye ...dapat maki . haha . sebab mak aku tak suke share share benda camnie . selalunya mak bapak dulu dulu akan carikan jodoh untuk anaknya . macam mak aku tu . alias ngan siti tak pernah bercinta .  akhirnya, kekal sampai sekarang . HAHA

tapi tahun 2012 nie kan ramai jugak yang kahwin muda . serius, aku rasa jeles pon ade . dalam undang undang negara kita nie umur 16 tahun dah boleh kawen dah apatah lagi aku ni yang dah berumur 20 tahun . semalam, tengah bosan bosan layan facebook tetibe ade satu page nie pasal kahwin muda .



hamboi, kemain bahgia deme lepas kahwin ea . tapi itulah kebenaranya. dalam al quran pon ade cakap dalam hadis pon ade tulis . kahwin muda memang digalakkan dalam islam sebab banyak keberkatannya . daripada kita buat perkara yang bukan bukan pegang sana pegang sini better kahwin lebih dari tu kau boleh buat doe . asalkan dalam ikatan yang sah . aku pernah menyuarakan hasrat nie kat mak aku . saje je laa kononnye . alih alih terus mak aku muncung 5'2 inci sekali kening berkerut 14 . zaman sekarang bila kita kahwin awal orang cakap gatal laa, ape laa macam macam .

memang tak dinafikan sesetengah mak bapak suruh kita belajar pandai pandai jangan dok sebuk pikir sal kahwin . aku ingat lagi masa aku kecik kecik . aku pegi kedai beli buku kosong .buku tu aku beli kononnya nak buat buku biodata . pegi dekat kawan kawan then suruh diorang buat biodata sendiri . selalunya biodata tu diakhiri dengan prinsip laa, kata kata hikmah, ucapan . macam macam . tapi 5 daripada 15 membe aku yang tulis biodata tu akan wish camnie kejar cita-cita dulu baru kejar cinta . selalunya yang rajin kutip biodata nie keje orang perempuan . dan selebihnya akan tulis camni kahwin nanti jangan lupe jemput takpon cepat cepat kahwin aku teringin nak makan nasi minyak kau . bunyinya macam menggalakan kita suruh cepat naik pelamin . tapi takpe itu maknenye dia menyuruh kita ke arah kebaikan .tapi tu prinsip dulu dulu punya dah lapuk dek zaman, sekarang dengan tak malu dyorang akan tulis 'doakan aku cepat dapat jodoh' paling tak malu 'insyaallah 2 tahun lagi aku kahwin' . teruja aku membacenye sebab dia dah plan awal awal nak kahwin .takpelaa, kalo dia berusaha insyaallah impiannya menjadi kenyataan dengan izin ALLAH . ye dak .

jadi kalau ada kawan kawan kita yang dah bina masjid dalam usia yang muda haruslah mendoakan rumahtangga mereka . jangan laa bagi kata kata yang negatif pulakk daaa kira beruntung mereka kahwin awal nie sebab ALLAH dah putuskan mereka dengan nikmat dunia .maksudnya takdelaa pegi merayau tak tentu hala buat perkara yang melalaikan sebab masing masing dah ade tanggungjawab . contohnye macam Nabi Muhammad SAW kahwin dengan Siti Khadijah masa umur baginda 25 tahun . muda kan ?

ada orang pulak taknak kahwin awal awal sebab nak enjoy dulu dengan membe membe nanti dah kahwin confirm kene control dengan suami/isteri . takpelahh, kalau dah taknak camtu kan . kahwin nie memang laa tak wajib tapi ia sunnah nabi .jangan sampai tak kahwin sudah sebab kitakan selalu dengar kalau tak kahwin nabi tak mengaku umat . memang pon . harap harap kita takdelah camtu . jodoh memang ALLAH yang tentukan . itu memang benar dan sahih tapi kita sendiri kene berusaha mencarinya .takboleh mengharapkan pertolongan ALLAH semata mata . usaha dulu , berdoa kemudian tawakal . lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya . so, tak hairanlah kalau aku dah target umur aku 22 tahun baru aku nak kahwin . itulah azam 2014 aku . kau hado ??




kekasih lama ku dirampas orang lain . sobsob :'(


'apabila seseorang hamba ALLAH telah bersuami isteri maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya dan pada separuh yang lain hendaklah bertaqwa kepada ALLAH'

(riwayat oleh baihaqi)


salam and peace yaw ^,^



Sunday, August 7, 2011

Wahai Isteri Yang Dicintai,Dengarlah Sebab Ku ini

''Aik, tak sudah nagis lagi . Kenapa ni ?'' . Kau tersenyum sambil mengesat air mata pada pipi mulus si isteri . Si isteri menepis tanganmu perlahan . Kau tak marah tapi kau senyum . Mungkin kau rasa dia comel kalau begitu .

''Geram tau ,geram !'' . Si isteri mengetap bibir .Air mata pada pipinya dilap menggunakan belakang tangannya . Kasar . Geram sangatlah tu . Tak apa masih comel lagi . Kau hanya tersenym .

''Kenapa geram ?'' . Kau cubit pipinya tapi ditepis lagi . Merajuk pulak . Kau ketawa perlahan . Kau tarik kanan kanan dia, dia tarik balik . Kau geleng kepala, tapi bibir masih tersenyum lagi .

''Sayang baca satu buku ni dalam bilik abang . Kenapa abang tak cakap awal awal,kalau tak tak adalah sayang nak menjeruk rasa dulu.'' Dia mencebirkan bibirnya . Kau mula mengerutkan dahi . Dia tunjuk buku tebal dihadapannya daripada kulit . Kau senyum .

''Sengaja tak nak bagitahu, tapi semua bersebab, bukan ?''

''Abang jauhkan diri sebab nak lindungi sayang . Abang tak text sayang sebab tak nak kita nie dekati dengan zina . zina hati, zina mata atau apa pun . Abang diam sebab abang hormat dengan sayang . Abang tak jumpa sayang sebab abang tak nak nanti ada perasaan tak patut muncul saat sayang belum sah milik abang . Abang perlu kuatkan cinta kepada ALLAH SWT dahulu sebelum abang boleh cintai sayang . Abang kena stabilkan hidup abang untuk tanggung hidup sayang . Cukuplah kalau masa itu abang tahu abang cintakan sayang dan sayang cintakan abang . Abang lebih suka melihat sayang dari jauh . Abang buat semua ini demi kebaikan sayang dan akhirnya sayang jadi isteri abang kan ?''

Matanya tersenyum, kau pun turut tersenyum . 

          ''hubungan yang halal itu lebih indah dari hubungan yang masih tergantung kesudahannya''.