Sunday, July 8, 2012

pemimpin diktaktor

Assalamualaikum


pemimpin diktaktor ? apakah itu ? pemimpin yang menggunakan segala kuasa mutlaknya untuk menindas rakyatnya dengan sesuka hati , menindas dengan begitu kejam . jika ada rakyat yang berani menentang pemimpin tersebut maka akan dibunuh dengan sekejam kejamnya . kalau kita repeat balik kisah Firaun masa zaman nabi Musa a.s, bagaimana dia membunuh tukang sikat anaknya, Mashitah dengan begitu kejam . mencampakkan seluruh ahli keluarga Mashitah ke dalam rebusan air yang sangat panas . begitu juga dengan pemimpin dunia hari ini , mereka seperti Firaun di abad 21 . okay, meh aku cerita sorang sorang pemimpin yang kejam yang ada kat dunia ni .


ARIEL SHARON (ISRAEL)


Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang suatu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kerosakan dan kezaliman ke atas bumi Palestin. Pembunuhan, penyembelihan ,penindasan, pengeboman dan bermacam-macam lagi kekejaman tentera Israel di bawah arahan beliau . Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari tarikh beliau berkhidmat 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh tersebut diktaktor ini telah banyak merosakkan bumi Palestin . Penduduk Palestin hanya mampu mengalirkan air mata melihat kekejaman yang telah dilakukan oleh tentera beliau . Ramai pejuang telah terkorban kerana kekejamannya . 

Banyak negara tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut akibat kekejaman yang telah dilakukan ke atas negara lain. Pada awal tahun 2006, beliau jatuh koma secara tiba-tiba dan akibatnya beliau kini umpama mayat hidup . Mungkin itulah balasan Allah kepadanya yang suka melakukan penindasan dan kekejaman .



IDI AMIN (UGANDA)

Jeneral Idi Amin Dada Oumee atau lebih dikenali sebagai Idi Amin dilahirkan di Koboko ,Uganda sekitar tahun 1925 adalah diktaktor tentera dan Presiden Uganda yang memerintah pada tahun Januari 1971 hingga April 1979 . Sewaktu pemerintahan beliau, beliau banyak melakukan kekejaman dari segi politik dan kaum seperti penganiayaan etnik, penindasan politik, pelanggaran hak asasi manusia, pembunuhan pengadilan ekstra dan pengusiran orang-orang Asia dari Uganda . Pada waktu pemerintahannya, beliau memberi waktu selama 90 hari kepada orang Inggeris untuk keluar daripada negara tersebut kerana ingin memberikan kemerdekaan sepenuhnya kepada rakyat Uganda .

Dan kebanyakan pingat pingat yang terlekat di dadanya itu (seperti gambar di atas) kebanyakannya adalah pingat buatannya sendiri bukan pingat pengiktirafan daripada mana mana kerajaan Uganda atau peringkat antarabangsa . Selepas banyak penganiayaan yang telah dilakukan khirnya beliau berjaya dgulingkan pada tahun 1979 oleh tentera nasionalis Uganda . Dan akhirnyya beliau diusir daripada negaranya sendiri dan beliau meninggal dalam buangan pada 16 Ogos 2003 di Jeddah ,Arab Saudi .


ADOLF HITLER (JERMAN)


Adolf Hitler adalah seorang perancang yang pintar, pemidato yang hebat, dan seorang tokoh politik yang telah menjadi idoa di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-1n. Beliau terlibat dalam Perang Dunia Pertama tetapi memainkan peranan penting dalam Perang Dunia Kedua . Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk Jerman walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat . Beliau juga dilabel oleh kebanyakan orang barat sebagai orang yang kejam, bengis, diktaktor yang gila kuasa, dan misainya yang kontot ( sedikit penambahan oleh penulis blog ini ,kahkah).


Diktaktor Jerman sekaligus pemimpin Nazi ini memeranjatkan pihak musuh dan jeneralnya sendiri ketika Perang Dunia Kedua dengan menggunakan taktik blitzkrieg iaitu serangan melalui udara,darat secara besar besaran ketika menyerang Poland pada September 1939 . Sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua rakyat Jerman telah menolak Nazi kerana menganggap parti tersebut sebagai parti samseng berikutan ramai penyokong parti tersebut dibunuh oleh beliau . Dalam Perang Dunia Kedua, Hitler banyak mengalami kekalahan menyedari keadaan tersebut dia mengambil keputusan untuk membunuh diri bersama isterinya dengan membakar diri pada 30 April 1945 . Dengan cara tersebut, dia tidak mahu mayatnya jatuh ke tangan pihak musuh .



HOSNI MUBARAK (MESIR)


Hosni Mubarak dilahirkan pada 4 Mei 1928 dan merupakan Presiden Mesir ke 4 yang paling lama memegang tampuk kerajaan  bermula pada tahun 1981 hingga 2011. Di bawah pimipinan beliau , beliau menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat . Bantuan milion dollar AS berhasil didapatkannya untuk menlindungi Israel dan membasmi politik Islam . Mubarak juga membantu Palestin dalam perjuangan Fatah yang dipimpin oleh Yasser Arafat .


Pada 2 Jun 2011, Mubarak dihukum penjara seumur hidup kerana didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat dalam menggulingkan beliau pada 2011.Selain itu, beliau juga disabitkan kesalahan menjual gas asli ke Israel dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran .Turut dibicarakan ialah anaknya, Alaa dan Gamal serta rakan perniagaannya, Hussien Salem atas tuduhan rasuah .





okay, tu je la yang aku dapat tulis . nak banyak lagi korang search laa sendiri . kita bersyukur laa sebab pemimpin tak sekejam cenggini . ye dop . tapi semua pemerintahan kuku besi yang diktaktor amalkan telah pun berakhir sekarang kebangkitan rakyat akan bermula . let and see . 


salam .















No comments:

Post a Comment