Wednesday, August 8, 2012

kalau boleh nak selamatkan negara ISLAM


assalamualaikum .


sementara tunggu waktu berbuka aku dok termenung kat tepi kipas ala ala angin bayu gitu sambil tu tangan aku laju membalas mesej kawan aku . entah mengapa entah bagaimana tiba tiba otak aku melayang teringat orang orang yang susah hidupnye. maksud aku macam kebuluran, kegawatan ekonomi,krisis air,peperangan ahhh macam macam laa yang dialami di negara negara lain .


bila kita pikir balik memang laa orang cakap kita kena rasa bersyukur sebab dilahirkan di negara yang aman tanpa peperangan, air elektrik semua cukup, makanan semua ada cakap je apa yang ko nak makan paling koman goreng telur pon dah memadai . ye dop . terdetik dalam hati ni andai kata ditakdirkan aku jadi orang kaya, terkenal,jutawan dan sama waktu dengannya nak sangat aku hulurkan bantuan dekat orang orang yang sangat sangat memerlukan . dalam malaysia lain cerita la tu tnggungjwb ahli parlimen/ADUN kawasan masing2 . jaga kebajikan rakyat .


andai kata aku banyak duit nak je aku terbang pergi negara negara yang memerlukan bantuan contoh mcam Somalia,Pakistan,Myanmar . pastu boleh amik anak angkat sekali alaa macam angelina jolie gitu amek ank angkat sekali 4 campur anak bastardo lagi yg kembar tu dah 6 . kah kah kah ....




okay, back to the topic . sekarang ni banyak terjadi pembunuhan beramai ramai contoh macam di Rohingya, Myanmar . kat sana weh, kebanyakan yang jadi mangsa korban orang Islam . saudara kita sendiri . ibarat perang dunia kedua pulak . tiap tiap hari ada saja jadi mangsa korban . setiap gerak geri diperhatikan . kat mana mana konpem ada pengganas Rakhine . 












punca pembunuhan semua ni bukan sebab peperangan tapi konflik antara kaum etnik Rakhine dengan orang Islam . perempuan dirogol beramai ramai, orang lelaki disembelih , kanak kanak diikat tangannya ke belakang kemudian dicampak ke laut . nauzubillah. tak ke sadis dengarnye tu . kejam kejammmm ! . dan disebabkan konflik tu orang orang Rohingya jadi pelarian antara negara yang jadi tempat pelarian Bangladesh,Pakistan,Malaysia, Thailand dan negara negara Timur Tengah yang lain .


itu di Myanmar negara di asia tenggara berjiran dengan Malaysia . tak jauh dekat je pon . yang ni pulak baru je lagi . negara di timur tengah iaitu Syria . konflik yang berlaku ni sama macam Mesir, Iraq, Pakistan . semua kekejaman yang berlaku ni disebabkan pemimpin negara tu sendiri .








selalu aku terpikir dari mana datangnya nama basyar ni .nama tempatkah ? rupanya tentera basyar nie merupakan tentera dibawah pemerintahan perdana menteri tu sendiri, Basyar Al Asad . aduhaii, perdana menteri sekarang ni makin menjadi jadi dilantik menjadi pemimpin untuk menggalas tanggungjawab sebagai menteri tapi jadi binatang pula yang selalu dahagakan darah manusia . 


dah dua negara aku cerita, now masuk negara lain pulak . Somalia. seperti yang kita tau negara ni ada krisis makanan, pastu kemarau berpanjangan hujan setahun baper kali je pon . kalau kita makan pastu makanan tu tak habis konpem kita buang dah membazir dapat kawan pulak kawan yang TERsangat prihatin 


'weh, tak baik membazir ko tak tengok ke orang somalia camner? berhari hari tak makan kita kat sini buang buang makanan . 

okayy, selalu kan kena sedas camtu kita pon nak buat camner if kita ada kat negara Somalia memang dah lama aku hulurkan . nak sedekah dekat jiran, jiran pulak orang kaya makan nak standard.selalu paling standard makan pakai sudu,pisau, garpu .












apa yang berlaku kat Somalia ni dapat perhatian PBB . banyak bantuan yang diberikan kat negara ni antaranya bekalan makanan, ubat ubatan dsbnya . dan akibat kebuluran jugak laa angka kematian  meragut berpuluh puluh ribu dalam tempoh 3 bulan je dan kebanyakannya kanak kanak . see, kalau kita tanam jagung pun takguna sebab nak siram pakai apa air kat telaga pun dah kontang ni kan pulak nak bela binatang tak sampai 2 minggu lembu jadi rangka . 


cakap pasal somalia baru aku teringat . ada satu temubual antara mufti arab saudi yang berlangsung di kaca tv dan seorang pemanggil dari rakyat Somalia bertanyakan soalan yang berbunyi begini :

'Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (iftar)?'

selepas soalan diajukan mufti tersebut menangis kerana tersentap jiwanya dgn penderitaan yg dialami oleh mereka, hati mukmin mana tak tersentuh percepatkan berbuka puasa dan melewatkan sahur merupakan sebahagian sunnah nabi dan mereka pulak rakyat Somalia tidak bersahur tidak berbuka kerana tiada makanan untuk dijamah . allahurabbi . kita disini dihidangkan dengan lauk yang mewah dan mereka pula disana menderita dengan perut kosong tiada makanan walaupun sebiji kurma .


macam yang aku cakap tadi, andai kata aku banyak duit separuh daripada harta tu aku derma kat dyorang, pastu aku akan buat sebuah sekolah tuk anak anak yg ketinggalan pelajaran. mereka yang takde tempat berlindung aku selamatkan dyorang, bawak pergi jauh dari peperangan,lagi apa ek, then, mana anak anak yang hilang ibu bapa akibat peperangangan krisis kaum dsbnya aku amik buat anak angkat dan kalau boleh aku nak selamatkan negara ISLAM daripada semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kekejaman yang ada kat dunia ni .

tapi apakan daya aku hanya mampu berdoa saja untuk mereka . semoga saudara saudara kita di sana sentiasa di bawah lindungan ALLAH dan mereka yang berjihad ke jalan ALLAH, syurga menanti mereka disana . aminn ~



salam ;)




2 comments: