Monday, May 23, 2011

tragedi menyayat hati

semalam 21/5/2011 negara kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di hulu langat selangor . kejadian ini menimpa rumah anak anak yatim al-takwa dan madrasah baitul-taqwa . kejadian berlaku pada jam 2.30 ptg ketika semua penghuni sedang membuat persiapan untuk satu majlis yang akan berlangsung pada jam 5 petang .seramai 25 mangsa terperangkap dalam runtuhan tersebut .










seramai 16 penghuni terkorban termasuklah seorang penjaga . 7 jenazah telah dikebumikan dalam satu liang lahad selepas solat zohor tadi di tanah perkuburan islam dusun nanding batu 14 , hulu langat dan selebihnya dikebumikan di dengkil, kelantan, ipoh dan batu caves . 9 mangsa terselamat dalam kejadian tersebut dan masih dirawat di hospital kajang dan hospital ampang  . 3 mangsa masih di unit rawatan rapi, seorang masih menjalani pembedahan dan 5 lagi ditempatkan di wad biasa dan masih trauma dengan kejadian tersebut .

*ape yang terjadi ni semua kehendak ALLAH kite hanya mampu berserah saja . kejadian tanah runtuh ini mungkin disebabkan kesan penerokaan hutan yang tidak diluluskan oleh mana mana pihak menyebabkan tanah terhakis dan akhirnya menimpa kanak kanak yang tidak berdosa . jadi kita haruslah mengambil iktibar daripada kejadian tersebut . ALFATIHAH buat kesemua mangsa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman .AMIN .

No comments:

Post a Comment