Friday, July 20, 2012

marhaban ya RAMADHAN

assalamualaikum :)

firstly, rasa bersyukur sangat sebab berjumpa lagi ramadhan untuk tahun ni . syukur sangat sangat . ALHAMDULILLAH . dan aku harap sangat ramadhan tahun ni takde perkara perkara buruk yang berlaku macam tahun tahun lepas . ramadhan tahun 2010 lepas, lagi lima hari nak sambut raya abang aku yang no 3 meninggal eksiden dekat kemaman .pergh , terkejut usah cakap laa brader, aku orang pertama yang di-call dengan kakak ipar aku . wuwuwuwuwu~~ sedih sedih, aku tak boleh nak teruskan cerita ni sebab...tsk.tsk tsk...aku dah cerita laa pasal ni kat entry dulu , kalo rajin cari laa . kuikui . then, ramadhan tahun 2011 moto LC abang aku hilang ,first ramadhan pulak tu . dah buat report polis, dah mantera sana sini pun sampai sekarang tak jumpa jugak moto tu . mungkin dah barai . mungkin .  


okay okay, itulah perkara perkara buruk yang berlaku dalam bulan ramadhan tahun tahun lepas . thats why, aku harap sesangat harap sangat sangat ramadhan tahun ini ada hikmah apa yang berlaku tahun tahun lepas . mengharap je laa kita mampu, hikmah tak boleh dicari brader, biar ia datang sendiri . so, macam biasa laa bila datang bulan ramadhan semua umat Islam berlumba lumba nak cari pahala tambahan . beb, kau hengat senang ke selagi nyawa dikandung badan, selagi ALLAH bagi peluang tuk kita hidup kat tanah milik DIA buat lah amal ibadat banyak banyak lagi lagi bulan puasa cenggini.


kebetulan surau depan rumah aku dah siap so, takde alasan laa taknak terawih mau kena kerat patbelas dengan bapak guwe . bapak aku cakap nanti bulan puasa tiap tiap minggu khatam quran. aku boleh je, tu pun kalo aku rajin, aku ni pemalas sikit . kahkahkah . okay, korang pon maybe dah diajar kan masa sekolah agama dulu, bulan ramadhan ni banyak kelebihannya . datang bulan ramadhan segala pintu api neraka akan ditutup dan segala seksaan ahli kubur akan dihentikan . ini bagi menghormati bulan ramadhan . bukan tu je, segala jenis jembalang ,iblis,syaitan akan dibelenggu atau dirantai .


kalau dah dirantai macam maner boleh ada jugak orang tak puase, maksiat sana sini . itu bukan sebab setan tapi iman kita sendiri yang tak kuat. iman yang kuat akan menahan segala nafsu nafsu dalam diri kita, contoh, nafsu melihat pakaian menjolok mata, daripada makan minum, sifat marah dsbnya . jadi, bila datang bulan puasa tingkatkan iman , bila kuat iman kita maknanya kita berjaya kawal nafsu diri kita . cakkkk, macam pakar motivasi pulak aku ni . huhuhuhu~~ okay, sambung lagi . ALLAH akan buka pintu taubat seluas luasnya , waktu ni laa ALLAH bagi can kat hambaNya tu bertaubat tak kira lahh dosa kecil dosa besar, anytime . 


cadang nak sambung lagi tapi aku pulak yang malas, memang pemalas aku ni . anyway, korang yang membaca entry aku ni hope orang dpt tingkatkan ibadah tuk ramadhan tahun ni, kot kot tahun depan tak jumpa lagi waahu'alam . 

salam and peace yo !



'marhaban ya ramadhan , selamat menyambut ramadhan al mubarak 1433H'





Thursday, July 19, 2012

kita cakap kita buat


hurm, setakat cakap semua orang boleh cakap tapi berapa ramai yang buat apa yang dicakapkan itu . kiranya macam bajet bagus laa orang tu . contoh, kalau kita lapar , kita cakap nak makan tapi kita tidur tak kenyang . apa kes ?  kena makan dulu laa baru best, ye dop . sama laa macam cakap, setakat cakap tapi tak buat mana nak dapt hasilnya beb . *aku cam terasa pulak dgn ayat yg aku taip ni . cisss ~




  • kita cakap kita sayang ISLAM tapi kita buat jugak semua yang ISLAM larang
  • kita cakap kita percaya TUHAN tapi apa yang tuhan suruh tak jugak dibuatnya
  • kita cakap kita sayang NABI tapi ajarandan sunnah NABI ita tak buat/tinggalkan
  • kita cakap maksiat tu berdosa tapi yang tu lah kita buat hari hari ( tanpa kita sedari)
  • kita cakap nak masuk SYURGA tapi amalan kita ke NERAKA.
  • kita cakap kita sayang negara tapi kita sendiri jugak yang melingkupkan negara (belia benci dadah kunun, puii !)


itulah yang aku maksudkan sebenarnya, bila ditanya semua kita jawab iyaa, sayang tapi kita sekadar cakap je tanpa kita sedari kita tak tunjukkan sayang tu . kadang kadang aku pun cenggitu jugak , so, takpayah nak salahkan sape sape tengok diri sendri tu camner ea . dah lahh, aku nak muhasabah diri jap.



salam ;)

Sunday, July 8, 2012

pemimpin diktaktor

Assalamualaikum


pemimpin diktaktor ? apakah itu ? pemimpin yang menggunakan segala kuasa mutlaknya untuk menindas rakyatnya dengan sesuka hati , menindas dengan begitu kejam . jika ada rakyat yang berani menentang pemimpin tersebut maka akan dibunuh dengan sekejam kejamnya . kalau kita repeat balik kisah Firaun masa zaman nabi Musa a.s, bagaimana dia membunuh tukang sikat anaknya, Mashitah dengan begitu kejam . mencampakkan seluruh ahli keluarga Mashitah ke dalam rebusan air yang sangat panas . begitu juga dengan pemimpin dunia hari ini , mereka seperti Firaun di abad 21 . okay, meh aku cerita sorang sorang pemimpin yang kejam yang ada kat dunia ni .


ARIEL SHARON (ISRAEL)


Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang suatu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kerosakan dan kezaliman ke atas bumi Palestin. Pembunuhan, penyembelihan ,penindasan, pengeboman dan bermacam-macam lagi kekejaman tentera Israel di bawah arahan beliau . Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari tarikh beliau berkhidmat 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh tersebut diktaktor ini telah banyak merosakkan bumi Palestin . Penduduk Palestin hanya mampu mengalirkan air mata melihat kekejaman yang telah dilakukan oleh tentera beliau . Ramai pejuang telah terkorban kerana kekejamannya . 

Banyak negara tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut akibat kekejaman yang telah dilakukan ke atas negara lain. Pada awal tahun 2006, beliau jatuh koma secara tiba-tiba dan akibatnya beliau kini umpama mayat hidup . Mungkin itulah balasan Allah kepadanya yang suka melakukan penindasan dan kekejaman .



IDI AMIN (UGANDA)

Jeneral Idi Amin Dada Oumee atau lebih dikenali sebagai Idi Amin dilahirkan di Koboko ,Uganda sekitar tahun 1925 adalah diktaktor tentera dan Presiden Uganda yang memerintah pada tahun Januari 1971 hingga April 1979 . Sewaktu pemerintahan beliau, beliau banyak melakukan kekejaman dari segi politik dan kaum seperti penganiayaan etnik, penindasan politik, pelanggaran hak asasi manusia, pembunuhan pengadilan ekstra dan pengusiran orang-orang Asia dari Uganda . Pada waktu pemerintahannya, beliau memberi waktu selama 90 hari kepada orang Inggeris untuk keluar daripada negara tersebut kerana ingin memberikan kemerdekaan sepenuhnya kepada rakyat Uganda .

Dan kebanyakan pingat pingat yang terlekat di dadanya itu (seperti gambar di atas) kebanyakannya adalah pingat buatannya sendiri bukan pingat pengiktirafan daripada mana mana kerajaan Uganda atau peringkat antarabangsa . Selepas banyak penganiayaan yang telah dilakukan khirnya beliau berjaya dgulingkan pada tahun 1979 oleh tentera nasionalis Uganda . Dan akhirnyya beliau diusir daripada negaranya sendiri dan beliau meninggal dalam buangan pada 16 Ogos 2003 di Jeddah ,Arab Saudi .


ADOLF HITLER (JERMAN)


Adolf Hitler adalah seorang perancang yang pintar, pemidato yang hebat, dan seorang tokoh politik yang telah menjadi idoa di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-1n. Beliau terlibat dalam Perang Dunia Pertama tetapi memainkan peranan penting dalam Perang Dunia Kedua . Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk Jerman walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat . Beliau juga dilabel oleh kebanyakan orang barat sebagai orang yang kejam, bengis, diktaktor yang gila kuasa, dan misainya yang kontot ( sedikit penambahan oleh penulis blog ini ,kahkah).


Diktaktor Jerman sekaligus pemimpin Nazi ini memeranjatkan pihak musuh dan jeneralnya sendiri ketika Perang Dunia Kedua dengan menggunakan taktik blitzkrieg iaitu serangan melalui udara,darat secara besar besaran ketika menyerang Poland pada September 1939 . Sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua rakyat Jerman telah menolak Nazi kerana menganggap parti tersebut sebagai parti samseng berikutan ramai penyokong parti tersebut dibunuh oleh beliau . Dalam Perang Dunia Kedua, Hitler banyak mengalami kekalahan menyedari keadaan tersebut dia mengambil keputusan untuk membunuh diri bersama isterinya dengan membakar diri pada 30 April 1945 . Dengan cara tersebut, dia tidak mahu mayatnya jatuh ke tangan pihak musuh .



HOSNI MUBARAK (MESIR)


Hosni Mubarak dilahirkan pada 4 Mei 1928 dan merupakan Presiden Mesir ke 4 yang paling lama memegang tampuk kerajaan  bermula pada tahun 1981 hingga 2011. Di bawah pimipinan beliau , beliau menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat . Bantuan milion dollar AS berhasil didapatkannya untuk menlindungi Israel dan membasmi politik Islam . Mubarak juga membantu Palestin dalam perjuangan Fatah yang dipimpin oleh Yasser Arafat .


Pada 2 Jun 2011, Mubarak dihukum penjara seumur hidup kerana didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat dalam menggulingkan beliau pada 2011.Selain itu, beliau juga disabitkan kesalahan menjual gas asli ke Israel dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran .Turut dibicarakan ialah anaknya, Alaa dan Gamal serta rakan perniagaannya, Hussien Salem atas tuduhan rasuah .





okay, tu je la yang aku dapat tulis . nak banyak lagi korang search laa sendiri . kita bersyukur laa sebab pemimpin tak sekejam cenggini . ye dop . tapi semua pemerintahan kuku besi yang diktaktor amalkan telah pun berakhir sekarang kebangkitan rakyat akan bermula . let and see . 


salam .















Friday, June 29, 2012

terbaru dan terkini

Assalamualaikum !

sudah lama tak berblog tiba tiba terasa pulak nak menaip selepas baca blog orang . tak sangka ada jugak kawan kawan aku yang bertanya pasal blog aku ni .

kawan : eh tikah, asal blog kau tak boleh bukak ha ?
tikah : aku tutup . kenapa ?
kawan : takde pape, saja tanye aku try bukak tapi tak mau 
tikah : ouhh (sambil membuang pandangan  ke depan )

konon ada orang rindu nak baca blog aku . pui ! takde maknanya . kahkahkah . disebabkan dah lama tak bercerita mungkin entry ni panjang kot (maybe) . okay. lets gooo !

untuk tahun 2012 ni aku rasa ada kelainan bagi diri aku . atiqah alias yang suatu ketika dahulu tak baper gemar amek tahu pasal kpop kpop ni tiba tiba dia jadi salah seorang peminat KPOP . wow ! daebak . see, dah terlepas cakap korea . dah namanya penganggur so kejenya makan,tidur,online jelah itulah rutin harian aku di rumah . makan gaji buta la katakan . hakhak! kadang kadang bosan main facebook aku main game yang aku download, biler dah bosan main game, bukak youtube dengar lagu korea . lagu yang aku suka dengar of course SNSD takpon SUJU yelaa diorang kan group paling famous kat asia tenggara nie . so, biler dah kerap sangat bukak, something yang aku nak tau pasal kpop nie terasa membuak buak . aku rujuk kepada yang pakar . sapa lagi kalau bukan cik timah atau nama dalam IC ,Siti Seri Fatimah . dia memang die hard fan kpop . petang petang aku pergi rumah dia itulah yang selalu dengan dia sembang . dari pukul 6 sampai pukul 7 tajuk kitorang sembang same je,KPOP . daebak !!


mula mula layan We Got Married,pastu Running Man so dari situ sorang sorang retis korea yang aku kenal,contohnya, grup CN BLUE daripada tak kenal sumer aku kenal, yonghwa,jungshin,minyhok,jonghyun. perh ! dulu retis korea sumer aku tak kenal sebab dyorang muka same je ,susah nak cam muka so biler dah minat sorang sorang aku boleh kenal . bangga aku . pui ! bila seri timah citer pasal korea penuh semangat dia berceritanya so aku pulak penuh semangat nak tengoknya . tengok, kan dah berjangkit . bila pegi rumah dia sorang sorang retis korea dia kenal kan kat aku . baru ni, dia cerita pasal grup under YG Entertaiment ,2NE1 satu satunye group perempuan dalam under YG . siap tunjuk lagu bagai .makanya, aku pon minat lahh dengan group tu .lagu mantopp . hahahahaha! bila dah minat korea so ngadap lappy tengok RM je la, dari pagi smpai tengahari ,petang smpai pukul 2 3 pagi . kuat benor penangannya . monday couple, grasshopper, big nose hyung,pororo, sparta kook, kwangsoo giraffe alaaaa, sumer dah set kat dalam palelutut paleotak . kalau something yang aku taktau pasal retis korea ni aku google je laa takpon baca kat wikipedia . senang .


tapi aku aku takboleh laa terlampau suka sangat sebab lappy aku ni kalo aku bawak kat depan aku letak atas meja kalo aku bawak kat dapur aku letak kat karpet je la . kebetulan kat atas meja tu ada surah yassin bukan aku letak memang ada kat situ . hiburan hiburan jugak takut nanti bila dah terlalu minat sangat kang alif ba ta pon tak tau . nasihat tuk diri sendiri je laa . tsk.tsk.tsk. terpaksa kontrol laa jugak something yang aku suka . dalam diam ada jugak yang aku tak gemar kpop ni ,first, ofcourse laa retis korea nie kuat plastic surgery nye bahasa paling mudah pembedahan plastik . diorang suka sangat surgery mata nak bagi bawah mata tu nampak kembung . dah elok elok sepet nak besorkan mata . hak elah ! normal la tu . 


korang yang baca entry ni jangan terkejut pulak sebab itu je laa yang aku mampu cerita nak story pasal cinta, aku duk rumah je pon bila masanya aku nak cari cinta, story pasal kawan rasanya aku dah cerita da kat entry yang dulu . kawan semua okay, cuma tak tahu diorang semua kat mana . ada yang dah keje, mungkin ada yang jadik cam aku . makan gaji buta . tapi takpelah , aku story sikit je laa pasal hati dan perasaan aku ni . cewahh, kunun luahkan perasaan . pui ! pui ! dulu masa sekolah ada la aku minat tapi diam je la sebab kata orang kalau kita minat kat someone better kita diam je, berdoa kat tuhan biar allah bukakan hati masing masing tapi now dah abeh sekolah ,sijil berhenti pon dah ada kat tangan, pengajian am pon dah khatam so, sumer perasaan pon hilang dengan sekelip mata . kahkah ! simpan tuk orang lain pulak .


okay sambung balik pasal korea, kawan kawan aku yang kipas susah mati retis kpop ni kan punya laa semangat membuak buak nak stay kat korea selatan . apa kes pon aku taktau tapi aku agak confuse antara korea utara dengan korea selatan selepas aku google and baca wikipedia barulah aku tau .sikit je pon . many different between south korea and north korea . nak cerita malas pulak kang lari tajuk even aku taktau nak letak tajuk entry ni apa . tapi baru baru ni, satu badan antarabangsa World Justice Project dimana diorang mengkaji semua negara seluruh dunia then diorang decidekan negara mana yang paling aman . mengikut ranking MALAYSIA negara yang ke 19 aman, KOREA SELATAN ditangga yang ke 50 paling aman . so, korang boleh lagi pikir panjang nak stay mana . malaysia atau korea selatan . bagi aku korea selatan tu bila bila masa je nk kena serang dengan korea utara . musuh kot . tapi ni kajian masa 2011 bukan 2012 . harap maklum .


apa lagi ea nak cerita selepas tiga bulan tak mengupdate . hurm . tu je laa kot gamaknye . so tuk kawan kawan yang rasa rasa rindu blog aku , nah entry ni tuk korang . perkembangan terbaru dan terkini dari aku. ceh .

NAH TUK KORANGG !! YEAY.

disnap pada tarikh 16/6/2012


aku natural beauty takde masa nak plastic surgery bagai terima kasih ya ALLAH . tuk speck saje je konon budak nerd . kah kah kah . apah tak hal . okay, happy reading ! <3






Wednesday, February 1, 2012

sunnah tidur tengahari

assalamualaikum


orang selalu anggap tidur siang nie sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam pula menganggap sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:


"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.


Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu.Dari James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.







So, banyak manfaat kalau kita tidur tengahari . bukan sahaja sunnah nabi tapi banyak penemuan saintifik yang telah ditemukan oleh pakar-pakar kesihatan tentang kelebihan tidur tengahari . aku engat lagi time sejarah malaysia, cikgu yang ajarnye lari daripade topik dalam buku sejarah tu . aku yang dok belakang dah stim giler babi mate aku . mengantok yaaa amaattt , kau tau . pastu, tetibe cikgu cakap, salah satu adat orang jawa ialah suka tidur waktu tengahari . choyyyy ! tersentap guwa . kebetulan time tu waktu tengahari,aku pulak sudah sememangnya ngantok time tu . benor ke cikgu nie . hurmm..*berfikir sejenak


anyway, jangan kita anggap tidur tengahari ni tido orang malas . its wrong . melainkan laa orang yang tidor dari pagi sampai tengahari .itu membute namenye . so, marilah kita sama sama amalkan sunnah nabi . insyaALLAH kita akan mendapat keberkatan dariNYA .amin .


sekian and peace yaw.


p/s : tidur pon satu ibadah jugak brader ;)

Saturday, January 28, 2012

dari novel terus ke tv

assalamualaikum .

aku start gatai miang baca novel masa aku tingkatan 3 . time tu bermulalah dunia baru aku . ehem..ehem.. paham paham je laa maksud aku tu . budak baru nak up . asal aku baca novel cinta kawan kawan aku pon mule le kate, 'eh, tikah bace novel . wahh makin matang dah tikah' and blablabla . wth . ate , mana tak peliknya budak budak cam aku dah pandai baca novel cinta yaww . 

kata orang baca novel nie boleh belajar camner nak bercinta . okay .itu mengarut nye . mengarut bagi aku bagi korang. entah . baca novel lagi feeling daripada baca sejarah tingkatan 4 . sebab aku boleh habiskan satu novel dalam masa 2 hari untuk 453 mukasurat . hebat kan ? tapi kalau aku susah tidor aku baca sejarah tingkatan 4 tentang perjanjian pangkor . alhamdulillah dengan secara tak sengaja terlelap jugak aku . itulah perbezaannya . 

kalau perasan sekarang nie kan semakin berlambak drama drama tv yang diadaptasi dari novel . Nora Elena, Dingin Lavenda, Gemersik Kalbu, Bicara Hati, Ombak Rindu,Stanza Cinta semua cerita ini asal dari kampung novel . tapi, takdela 100% dari novel terus masuk tv .director akan discuss dengan author novel tu then tapis adegan maner yang tak wajar ditonton . 










hahahahahahahahahah . terlampau rajin sangat aku nie, sumer gamba aku nak masuk . tapi, cerita dari novel yang paling hot orang cerita of course laa Ombak Rindu . mase citer nie hot, aku bukak facebook penuh new feed respon daripada dyorang after tengok movie tu . ade kate sedih laa, hape laa . aku takde feeling pape sebab aku tak tengok citer tu . hahahahaha . aku taktau pulak yang durasi citer tu almost 2 hour  nie pon ade membe aku yang cakap. ouhhh menn . memang kematu bontot tapi berbaloi sebab mengalir jugak air mata korang yang tengok . 


papepon, kita perlu appreciate to director director yang mampu menghasilkan sebuah karya tempatan yang datang terus dari novel dan secara langsung juga menaikkan nama author novel tu kan . income pon banyak masuk sebab asal ade drama baru masuk tv dandan le dyorang nak cari novel tu . lumrah laa kan maybe dyorang nak seiring episode cerita tu dengan mukasurat yang dibaca .


p/s : aku tanye membe aku antara citer novel dengan kat tv maner rase best , membe aku cakap novel best sebab takde tapis  tapis direct je, kalau kat tv banyak adegan 'panas' ditapis . memang cerdik betoi akal membe aku nie . (^_^)

nickname

nickname-nama samaran-gelaran and anything else . semua orang ade and selalunye yang menggatal bagi gelaran nie kawan kawan atau keluarga kita sendiri . asal ada perangai buruk yang kita buat mula laa nak bagi 'pangkat' kat kita .

budak cewek.
  
   dulu masa aku kecik kecik aku paling kuat menangis . tak kiralah kuat menangis dalam kawan kawan or dalam keluarga . aku lah juara . bhaahahahaha !! asal kena marah, menangis . kene cubit, menangis . jatuh dalam air limbah, menangis . lambat makan sebab ada kelas malam, menangis . tak meriah rumah aku kalau aku tak menangis . oleh kerana kekerapan menangis makanya gelaran 'budak cewek' tu abang aku yang bagi . ohh setan sungguh . *cewek/cengeng dalam bahasa jawa menangis dekat indon cewek adalah perempuan . harap paham ye . makanya juga dari situlah memey suhaiza dapat namanya . MEMEY . kuat menangis . sekian .

tikah shot

  name nie time aku sekolah menengah dulu dulu . hahaha. sembang macam dah bertahun tahun tinggalkan sekolah tu padahal baru 3 tahun . see yaa . time nie i sekolah kat lambor dulu . shot stand for ..............hermm..ntah taktau . katanya sebab aku buat lawak dengan sesuka hati tanpa memikirkan keadaan sekeliling . auwww. bahasa skema . i mean buat lawak yang hiperbola atau melampau lampau hinggakan orang ingat otak cerebrum aku dah putus . tu pasai aku kena panggil dengan kaunseling sebab buat lawak ketika subjek perdagangan dan kesusasteraan melayu . terima kasih cikgu yang mengadu . sekian .

otai kenet

  nama nie budak kelas mpv yang bagi . otai sebab aku dengan selamba gajahnye hempuk budak laki pakai buku sains yang setebal 46 page . otaikah itu ?? otai dalam kamus dewan bermaksud orang lama tapi dalam kamus budak sekolah otai meaning budak yang perasan handal dan perasan kuat . bajet gengster . masa stay at hostel lambor dulu aku pernah kopakkan pintu loker budak junior sebab kuncinya tertinggal dalam loker . oleh kerana aku kakak senior yang baik aku tolong laa . otai juga sebab dalam buku displin asrama nama ATIQAH ALIAS laa yang paling banyak sekali sebab turun prep petang lambat . so, tak hairan lah dalam rekod sekolah 2009 pon ada nama aku sebab bergaduh . sekian .


jawa
  sebab  tujuh keturunan aku orang jawa . jawa selangor . bahagian lembah dasupaling- jambi - indonesia . okay, rekaan semata mata . sebab aku kalau sembang dengan kawan kawan terkeluar slang jawa aku . oh menn , malu bila kawan aku tegurnya . but, nevermine . biler bagi makanan kat dyorang pon dyorang akan merasa was was . padahal itu tapai ubi je . lastnya, aku jugak yang makan . sekian


okay, itu laa nickname yang aku ada selama ni . always remember in my mind . ada maksud yang tersembunyi . dan ada banyak kenangan . tapi semua nickname tu membe membe aku bagi masa aku ber'khidmat' kat sekolah lambor dulu . kat sekolah jalil pulak aku takde nickname sebab aku tak berape nak mesra dengan budak jalil .



sekian . 

Friday, January 27, 2012

perspektif orang sekeliling : kahwin awal

assalamualaikum

tajuk entry aku tu memang seiring dengan usia aku yang muda . kankan . aku nie macam buang tebiat pon ade tetibe je nak bukak isu semasa . ape jadah ntah aku nie ?? dahdah, meh aku story sikit kawen muda nie banyak kebaikan ke or keburukan .


orang tua zaman dulu dulu suka kahwinkan anaknya dalam usia muda . asal habeh sekolah terus dikahwinkan , puncanya aku pun taktau laa . contoh paling terdekat macam mak aku laa, mak aku cakap dia kawen mase umur dia 14 tahun .taktau la betol ke idak, ade masenye mak aku nie saje je nak 'kencing' aku . biler tanye mak aku pernah bercinte ke tidak jawapannye ...dapat maki . haha . sebab mak aku tak suke share share benda camnie . selalunya mak bapak dulu dulu akan carikan jodoh untuk anaknya . macam mak aku tu . alias ngan siti tak pernah bercinta .  akhirnya, kekal sampai sekarang . HAHA

tapi tahun 2012 nie kan ramai jugak yang kahwin muda . serius, aku rasa jeles pon ade . dalam undang undang negara kita nie umur 16 tahun dah boleh kawen dah apatah lagi aku ni yang dah berumur 20 tahun . semalam, tengah bosan bosan layan facebook tetibe ade satu page nie pasal kahwin muda .



hamboi, kemain bahgia deme lepas kahwin ea . tapi itulah kebenaranya. dalam al quran pon ade cakap dalam hadis pon ade tulis . kahwin muda memang digalakkan dalam islam sebab banyak keberkatannya . daripada kita buat perkara yang bukan bukan pegang sana pegang sini better kahwin lebih dari tu kau boleh buat doe . asalkan dalam ikatan yang sah . aku pernah menyuarakan hasrat nie kat mak aku . saje je laa kononnye . alih alih terus mak aku muncung 5'2 inci sekali kening berkerut 14 . zaman sekarang bila kita kahwin awal orang cakap gatal laa, ape laa macam macam .

memang tak dinafikan sesetengah mak bapak suruh kita belajar pandai pandai jangan dok sebuk pikir sal kahwin . aku ingat lagi masa aku kecik kecik . aku pegi kedai beli buku kosong .buku tu aku beli kononnya nak buat buku biodata . pegi dekat kawan kawan then suruh diorang buat biodata sendiri . selalunya biodata tu diakhiri dengan prinsip laa, kata kata hikmah, ucapan . macam macam . tapi 5 daripada 15 membe aku yang tulis biodata tu akan wish camnie kejar cita-cita dulu baru kejar cinta . selalunya yang rajin kutip biodata nie keje orang perempuan . dan selebihnya akan tulis camni kahwin nanti jangan lupe jemput takpon cepat cepat kahwin aku teringin nak makan nasi minyak kau . bunyinya macam menggalakan kita suruh cepat naik pelamin . tapi takpe itu maknenye dia menyuruh kita ke arah kebaikan .tapi tu prinsip dulu dulu punya dah lapuk dek zaman, sekarang dengan tak malu dyorang akan tulis 'doakan aku cepat dapat jodoh' paling tak malu 'insyaallah 2 tahun lagi aku kahwin' . teruja aku membacenye sebab dia dah plan awal awal nak kahwin .takpelaa, kalo dia berusaha insyaallah impiannya menjadi kenyataan dengan izin ALLAH . ye dak .

jadi kalau ada kawan kawan kita yang dah bina masjid dalam usia yang muda haruslah mendoakan rumahtangga mereka . jangan laa bagi kata kata yang negatif pulakk daaa kira beruntung mereka kahwin awal nie sebab ALLAH dah putuskan mereka dengan nikmat dunia .maksudnya takdelaa pegi merayau tak tentu hala buat perkara yang melalaikan sebab masing masing dah ade tanggungjawab . contohnye macam Nabi Muhammad SAW kahwin dengan Siti Khadijah masa umur baginda 25 tahun . muda kan ?

ada orang pulak taknak kahwin awal awal sebab nak enjoy dulu dengan membe membe nanti dah kahwin confirm kene control dengan suami/isteri . takpelahh, kalau dah taknak camtu kan . kahwin nie memang laa tak wajib tapi ia sunnah nabi .jangan sampai tak kahwin sudah sebab kitakan selalu dengar kalau tak kahwin nabi tak mengaku umat . memang pon . harap harap kita takdelah camtu . jodoh memang ALLAH yang tentukan . itu memang benar dan sahih tapi kita sendiri kene berusaha mencarinya .takboleh mengharapkan pertolongan ALLAH semata mata . usaha dulu , berdoa kemudian tawakal . lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya . so, tak hairanlah kalau aku dah target umur aku 22 tahun baru aku nak kahwin . itulah azam 2014 aku . kau hado ??




kekasih lama ku dirampas orang lain . sobsob :'(


'apabila seseorang hamba ALLAH telah bersuami isteri maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya dan pada separuh yang lain hendaklah bertaqwa kepada ALLAH'

(riwayat oleh baihaqi)


salam and peace yaw ^,^



Monday, January 23, 2012

helo 2012

assalamualaikum teman teman sekalian


hampir sebulan rumah aku tak berinternet, gara gara moderm terbakar . maka segala informasi dan hal ehwal semasa sumer aku taktau ibarat aku ketinggalan zaman . HAHA . dengan ini aku online kat cc je laa tu pon seminit dua je . tapi skang moderm guwa dah sihat maa . online di RUMAH . *muke happy . pabila segala galanya ketinggalan aku wish new year pon lambat laa . kesah ape aku . okay, biler internet dh berjalan di dalam rumah tibe tibe rase bosan pulak . ateee, yele awokk rase kekok le katekan . nak update blog nie pon rasa lain macam je . dah laa, just say HELO 2012 and HAPPY CHINESE NEW YEAR . okbye :)

Wednesday, December 28, 2011

pesanan yang bermakna

Assalamualaikum :)

pagi tadi dalam pukul 7.30 dapat call dari bibik aku dye cakap embah tak sihat suruh bgatau kat mak aku suh balik kampung . aku as anak yang baik pluss mithali terus siap siap pakai baju then jalan kaki pergi tempat mak aku ber'bisnes'. lepas aku bagitau sumer tu aku engatkan mak aku terkejut laa cmnie , ' haaaaa, yeke, jum balik cepattt, ' tapi hapah idak . terus mak aku layan client dye balik . hak elahhh . kire2 aku  nak balik sekali dengan mak aku naek moto . penat berjalan kaki le katekan . last2nye pegi jalan kaki balik pon jalan kaki . okay fine . hari ni saya berjoging . FULLSTOP !

sampai kampung ramai dah mak and bapak sedare aku yang dah berkumpul tgok embah aku tu . semuanya adik adik mak aku . so, macam biase laa sampai kampung aku sorang je anak dara yang folo mak bapak aku balik kampung. sepupu sepupu aku yang laen semua belajo tinggi tinggi sampai universiti, matrik aku pulak budak lepasan STPM yang stay dekat rumah yang hanya dok ngadap lappy berjam jam dan menaikkan bil tenet . ouhh menn itu perkare biase laa brader .memandangkan waktu tu pagi lagi cadangnya nk restkan mate aku tu tapi setiap minit ade je orang yg dtg umah jenguk embah aku tu . dandan tu lee bibik aku suh buat hidang bagi tetamu minum . tapi lumrah laa kan, biler dah hidang dgn pelbagai bentuk kuih, aneka rasa yang berbeza sekalian dengan air teh 1 teko, biler dijemput makan .


tuan rumah : ' lik, medang medang lik ' 
tetamu : 'eh, orak opolahh wes warek medang nang umah / gedey'

ungkapan yang sebegitu rupa selalunya mungkin disebabkan tetamu tu malu nak makan atau dyorang bercakap benar yang dyorng tu dh makan dari rumah. it's okay . tapi macam tadi biler 10 tetamu yang datang 10 tetamu cakap cmtu . bagus ken . maka terbiarlahh kuih tu sampai laa waktu tengahari .

tengahari pulak aku masuk dapur then tolong tolong laa maner maner yang patut mcam kupas bawang, buat sambal kicap,kacau kacau lauk . okay, itu perkara biasa . so, dah menjadi kebiasaan laa biler dh siap masak memasak aku laa orang first yg makan dulu . kononnye, nk rase laa tu . haha . engat dh abeh makan nk landing lam bilik pejam mate sekali bibik aku cakap ' letak je pinggan dalam sinki tu, nti ade orang yg baasuhnye' sambil menghalakan mukenya kat aku . itu memang bagus . stkat pinggan 2 3 keping tk kesah laa tapi aku bg pakej laa aku basuh laa semua periuk, kuali sudip..... nahhhhhhhh !! amek kau !

eh, perasan tau kau dah lari tajuk tikah oiiiii . okay okay, back to the topic, biler dah mak bapak sedare aku balik dyorang mule laa tanye. 

contoh soalan lazim : TIKAH, KO KAT UMAH BUAT APE ?
                                 :TIKAH, KO XNAK AMEK LESEN KE ?

pastu, blablablabla . okay, stop ! aku pon dengan merendah dirinye jawable, dok umah je . HAHA . so, macam macam laa bibik bibik aku suggest, suh buat kuih mcm mak aku laa, belajar menjahit laaa, memasak laa . aku terdiam . .............................. . sampai laa bibik aku yang stay kat shah alam tu cakap

"KO KEPUTUSAN KELUAR BULAN 2 KAN ? KO DUK UMAH BERBAKTI PADE MAK ABAH KAU . MASE NI LAA KO NAK BERBAKTI KT DYORANG MANER TAUKAN KOT2 KO DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG KE NANTI LEPAS KO DAH BERJASA KAT MAK ABAH"

agak sentap ayat mak sedare aku nie tapi ade jugak betulnye mase ni laa aku nk berjasa kat dyorang . ye dakk ate biler lagi . aku buat plan baru . lepas result aku kuar bulan 2 nnti barulaa aku nk merantau ,buat mase sekarang nie aku nk dok umah diam2 . muktamad !!


p/s : semoga aku menjadi anak yang solehah, baik, mithali dan sehaluan dengannya and dapt result STPM yg cemerlang. AMINN YA RABBAL ALAMIN .



Saturday, December 17, 2011

bila hati dah kecewa

assalamualaikum :))

syukur alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan dapat menghirup udara yang segarrr dan nyaman . ngee~
just nk share dengan korang je, apa perasaan korang biler kite suke kat someone tu tapi kite pendamm je taknak luahkan, so, lame-2 orang yang kite suke tu dah diambik orang . ape rasenyeeeeeeeee??? mestilah sedih kan , itu lahh perasaan aku yang aku hadapi sekarang nie . *sobsob....

aku nie seorang yang pendendam pendam perasaan tak kiralaa perasaan ape sekali pon marah, suke, sedih,benci tu semuaaaaaaa aku pendam . termasuklahh biler aku suke kat someone kan aku pendammm je lame-2 biarlah sampai biler pon . itu memang sikap aku dari kecik sampai sekarang . banyak jugakk laa aku syok sendiri , hape aku kesah kann . setiap manusia yg dicipta semua ade perasaan termasuklah orang gile *eh, yeke ? 

setakat pendam perasaan marah benci tu aku tak heran sangat, yang akan buat aku terkilan biler orang yang aku pendamkan selame nie minat kt orang laen upenye . jenuh aku bagi hint yg aku suka dia .hurmmm... kirenye aku laa yang melepas and syok sendiri .oh mennn, malunyeeee..btw, sedey yang tak terkire . then, aku share laa masalah aku nie dgn orang yg rapat dengan aku mcm adik angkt,mmbe rapat . btw, aku takdelaa tunjuk sgt sedey aku nie kat sape-2, diam diam sudah laaa

kawan-kawan aku pon dahtau yang aku nie rock bebeh,jenis degil,keras kepale,hati batu ,so,aku pon chill je laa, takpelaa ,dah xde jodoh kann .silap aku jugak,dahtau suke nape tak luahkan je ye dakk .. bagi aku laa,aku suke kalau lelaki yang mulekan dulu kalau pompuan rase laen macamm je . HAHA . 

kita semua memang dah sedia maklum jodoh,ajal,maut pertemuan semua ditangan ALLAH kita sebagai hambaNYA hanya merancang jaa DIA laa yg akan menetukan tuk kita nanti . dan kita perlu ingat jodoh tu takkan datang sendiri kalau tak dicari . tu sebab setiap bende yang ALLAH cipta nie suh kita cari sendiri ,berusaha mencari cari,cari,dan cari . sng cter laa, jodoh tu kite kene cari sendiri . aku dah berusaha kot tapi takpalahhh takdir tuhan noohh .


p/s : akan lebih berhati-hati lagi ;) tikah rockkkkkkkkkk bebeh . yeyehhhh ! HAHA

Friday, November 18, 2011

19

assalamualaikum .


hey guys ? first, nak mintak maaf laa sebab blog nie di 'deactive' kan atas sebab sebab tertentu (xbersebab pon saje gatay tk nak bukak) btw, sedar tak sedar sekarang dah bulan 11 . oh myyy ......... .bulan dimane aku akan berjuang habis habisan untuk mase depan aku .huh ! serammm . act, aku dah lame tertunggu tunggu bulan november nie sebab tu bulan befday aku  . haha.


last week, akk n abg aku belikan cake befday aku  .woahhhhh !! bes sesgt . tak sngke dpat kek tahun nie and semalm buka facebook ramai laa jugak kawan2 dabel wish . wish befday and wish luck STPM .tenkiu yee koranggg , kenal ke tak kenal hope korang selalu diberkati and dirahmati oleh ALLAH . aminnn~ .tahun nie tahun last aku pegang title umur belasan tahun, nex year aku dh masuk puluhan . ouhhhh , sedeyhnye wehhh , makin meningkat usia aku tapi still tak besar besar . hoho .btw, aku still comel .#pftttt. 





 abang aku boleh pulak tak tau umur aku baper , cehh !! tu pasal 'happy birthday tikah ' je . papepon, thanks a lot . untuk pengetahuan anda ye mohd rusydi , adek kau dah 19 tahunn makin besar dan matang  , pemikiran ke arah inovatif . hoyeahhhh !!



salam, peace :)

Friday, October 28, 2011

baju bundle

assalamualaikum 

dah nak dekat baper minggu aku tak bukak menatang nie . hahaha. dah alang alang saidin aku terbuka blog nie kebetulan ade bende aku nk story itupon kalo ade orang nk bace . tak nak sudah . kesah hape kau kan ! 

petang tadi member aku ajak kuar pegi manjung sekali teman dia beli barang tuk kakak dia . aku pon dengan pantasnya masuk bilik air amek wuduk then solat asar pastu baru siap siap *tapi tak mandi . abaikan .  dah siap aku kol dia suh amek aku .10 minit kemudian datang lah harrier putih , kemain semadnye . then terus laa gerak , nak dipendekkan cerita lepas penat round round manjung tekak rase haus laa pulak . so, aku suggest kat membe aku pegi lepak kedai makan jap bagi hilang cramp setelah penat berjalan plus tekan 'brek' sebab membe aku bawak kete cam nak langgar orng tak pasal pasal aku jadi brek tambahan dia. 

then, tengah syok melabon bagai nak rak dengan membe aku nie , aku ternampak laa kucing nie aku engatkan dia nak lalu sekali macam harammm bantai nye kucing nie g panjat meja tempat aku ngan membe aku lepak . dahh tu ape lagi, tangan aku secara tak sengaje tertepis air yang aku minum pastu tumpah sepenuhnya kat baju aku 

celake.

malu siot time tu, sumer mate tertumpu kat kami berdua . if air masak aku heran ape sekali air milo da . pastu, aku tumpang dapur pakcik kedai makan coz nak basuh tumpahan air kat baju aku . dah settle basuh, yang membe aku pegi bayar air . then, keluar dari kedai tu aku tak pandang kiri kanan . malu. aku straight tak kona kona . so, baju dah kotor membe aku suggest beli baju baru sebab teruk sangat tumpahnya. aku pon okay je laa . uishh, aku taktahan milo nie , melekit lekit berbau milo badan aku time tu . kebetulan pulak depan kedai makan nie ade kedai baju bundle. senang cerita beli baju kat situ je laa . HAHA . mase nk pilih pilih tu rambang mata kot . 

macam haramjadah setau aku baju lawo baru bikin rambang mate .


bundle tak semua baju buruk baju lawa pon ade kot . back to the topik , kalau tak beli baju je tapi seluar pon teruk aku nak jugak beli seluar . padanmuka kawan aku. setakat sepoloh hengget apa laa sangatkan . dh settle pilih time tu jugak tukar baju . okayyy! memang bagus laaa . muat muat badan aku yang ramping nie . HAHA


busan je citer aku nie . haha, conclusion, aku suka baju terpakai yang aku beli tadi .ngeee~









Thursday, October 6, 2011

fail

aku dah buat yang terbaik kot tuk trial stpm nie, tapi still gagal jugak . aku rase kene mandi bunga kot aku nie, bagi buang saka dalam badan . HAHA . takde kene mengene langsung . okay, semalam gempak kot sebab cikgu dah tampal result tuk trial tahun nie . semua saling bertanya . 'baper pointer kau' , 'ko nombor baper' , blablabla . aku tak amek port . buat tak tau je . balik dari bangunan baru, aku pon usha sekilas pandang cari nama aku . cari, cari dan cari .......................tetttttttt ! bawah sekali yaww . nah , amek kau . nama aku paling last . sedih ? opcoz laa kan, tapi pendam je laa. naek kelas terus aku 'tumbang' sebab aku demam bukan sedih . maybe, ade sesetengah insan nie ingat aku tutup muka sebab aku sedih or menangis . ouhh...takde maknenye . aku sedih aku sorang je yang dapat rasa .




p/s : kedudukan tak penting, ada usaha insya ALLAH ada hasilnya ;)



Monday, October 3, 2011

happy nineteen

salam,

sekarang dah bulan sepuluh atau bahasa sains bulan OKTOBER . wahh! dah nak dekat exam, tapi aku boleh lepak chill lagi sambil online . HAHA . takde kesedaran diri betol laa aku nie . okay, tak nak laa nak merapu meraban tak tentu pasal , entry aku tuk bulan oktober ni spesel sikit . huahua ~ . about someone special . ehem...ehem . she is ........




NUR AL-SHAFFIKA BT AHMAD KHAIRUL SALLEH AL HELMI 

a.k.a
SERI 
2/10/2011
#happy birthday yang ke sembilanbelas
#hope, panjang umur and dimurahkan rezeki
#makin lama makin HOWT laa kau
#bila umur dah makin meningkat , pemikiran kita pon opcoz laa kene matang kan, so, reject laa segala sifat budak budak
#tahun ni last umur belasan kau nex year dh masuk puluhan pulak .papehal, selamat menempuh ke alam perkahwinan  *saje wish awal2. HAHA
 and thanks b'coz
-sudi jadi kawan aku
- dengar segala masalah aku
-bagi nasihat 
- bagi pinjam seringgit ,tyme tu aku terlupe bawak duet mase kat lambor dulu
-betulkan shawl aku mase kat lumut aritu
-bagi pinjam sandal kau
-basuh baju aku
-ajar aku goyang bahu .bhahaha~

thanks for everything ;)

aku crop pic eyka . haha

and lastly, doakan aku tuk STPM nie . sori laa lambat wish sebab aku sehari suntuk  buat bnde nie bcoz nak bagi suprise tuk kau . HAHA .*agak2 bole terima tak alasan aku nie? ...hewhew .


sincerely,
tikah shot 



p/s : dalam album aku tkde pic aku dengan kau seri . lepas nie, kalau hang kite snap banyak2 tau . chill bebeh :)




Tuesday, September 27, 2011

sacrifice

salam ,

sometimes bila kita sayang kat someone tu dia sanggup berkorban apa saja . tak kirelahh someone tu sape , parents, friends, boyfie/girlfie, adik etc . tapi aku pulak, banyak berkorban untuk orang kot , kadang kadang tu takde niat nak berkorban its just saja ja nak tolong kan . hehe . kira untung laa kan ade orang sanggup buat apa saja untuk dia . pastu kene jaga perasaan orang itu orang ini .alamak ~ tensennye . hati sumer orang nk kene jaga . hati aku ?? takpe, abaikan saje . takpayah jage pon takpe sebab aku hati kering . HAHA . orang kutuk , aku rilek jee . chill je laa kan . anyway, bila do something for someone yang kita sayang sangat sangat rasa macam tak dihargai pulak . yelaa, tau nak perhatian je lebey kann. penadd kut kalau cmtu . 


untuk mereka mereka yang dirinya disayangi dengan orang sekeliling , balas laa balik pengorbanan orang tu . jangan selfish sangat laa . nanti ada orang benci kat kite . tak pasal pasal semua orang dah tanak dengan kau lagi dah . baru kau tau . HAHAHA. *ayat kasi sentap sikit .




p/s : macam skema je entry aku nie kan . yekk ! geli aku . haha . tak ditujukan kat sape sape pon, ekhlas dari paru paru ginjal aku ^____________^

Friday, September 23, 2011

malu tak perlu kata apa apa

andai kata laa kalau ada orang tanya kat aku camnie kan, 


Perkara apa yang sangat memalukan dalam hidup anda  ??




Jawapannya :


bila kita tengah syok bawak moto ronda ronda changkat lada then tetibe moto tak hidup . SWEAR laa . itu laa perkara yang memalukan bagi aku . tak hidup sebab minyak dah habis .shitt ! masuk ni dah dua kali kot . first dekat bukit kg gajah tu, time time maghrib moto pulak abis minyak . memang seram laa kau . dah laa kt bukit tu macam macam 'bende' ade . dan dah sememangnya aku nie pemalu, bila orang lalu lalang usha aku semacam je dengan jenuh start moto tak hidup hidup makin galak laa orang usha . tapi nasib baik laa ada mamat maner laa yang sudi tolong aku . HAHAHA. gila taktahan aku ! maybe sebab kesian kot tengok budak kecik pompuan start moto tak hidup hidup . yang aku pulak cover laa, kononnya tunggu kawan kat tepi jalan . oh demmmm !! padahal abang yang jual burger tu dah nampak moto aku mati secare tibe tibe . 


*gampang 


biler dah sampai umah, nasib baik mak aku tak perasan yang mamat tu tolong aku . kalo tak, ngadap laa soalan soalan maut dari dia . arghh !! aku pon dengan rileknye sorong je laa moto tu sampai belakang . sebelum tu aku ingatkan aku tak bwak enset so, takde laa aku nak seluk seluk poket . then, bile aku terasa poket belah kanan aku rase macam ade bende keras lalu aku .........

wadafak sial !!!! aku bawak enset rupenya tadi, kalo tak berbekalkan kredit 48 sen boleh laa call mak aku tadi . sungguh sial .makanya dengan ini, aku taknak dah keluar rumah . better aku duk rumah jadi anak dara sejati . biar orang changkat taktau yang anak ustaz lias ade simpan anak dara kat umah . HAHAHA . 




p/s : aku ade 'pembaca' setia blog nie. bila dia baca blog aku nie kan, konfem kat sekolah dia akan ungkit balik . saje nak mintak maki kan . grr~~ pfftt




Thursday, September 22, 2011

TER.........

salam,

kadang kadang tu bila kita rasa marah dan geram semua benda kita luahkan kat blog nie . sama jugak macam aku . mintak maaf lah kalau dah TER update cerita pasal kau dan ramai pulak yang dah baca cerita kau kat blog aku . mintak halal je laa ek . aku taknak laa semakkan blog aku dengan maki hamun segala bagai dekat sape sape kan . kate orang kalau tak puas hati face to face laa , takpayah laa nak kecoh kecoh kat blog . okayy, nanti kalau aku tak puas hati dengan kau, aku ajak 'kabel' aku, kau bawak 'kabel' kau kita berunding dekat simpang umah kak semah . HAHA . btw, sekejap je aku geram , esok aku delete :) chill laa bebeh .


p/s : nobody's perfect laa sayang~

Saturday, September 17, 2011

jiranku whatthehell

salam and what's up yaw .

hari ini raya ke berapa ek ? hurmm . entah lahh tapi yang pasti open house still ada orang buat dan semestinya aku dijemput . abaikan . okay, masing masing tengok tajuk entry post aku kali ini . agak kejam kan ? tapi ini cerita realiti bukan nak mengaibkan mana mana pihak just nak berkongsi cerita pasal jiran aku nie yang dari dulu sampai sekarang suka 'merompak' rumah aku. korang tau ke words 'dari dulu sampai sekarang' tu biler ? maksudnya dari umur aku 5 6 tahun sampai laa umur aku nak dekat 19 ni still lagi 'merompak' rumah aku . kira laa dah baper tahun jiran aku buat keje jahat nie .


meh aku cerita apa yang dia curi masa aku kecik kecik dulu . family aku ni suka bela binatang tapi binatang tu bukannya binatang buas pon . ada dua kaki dan berdarah sejuk , makanan fevret dia dedak atau beras dalam istilah sains binatang ni namanya AYAM . yeahh , mak aku suke bela ayam . dulu belakang rumah aku penuh dengan ayam jantan, ayam betina, anak anak ayam . ishh, ramay laa puak puak ayam . aku pulak suka kacau ayam betina nak mengeram telur . muka dia garang je .HAHA . then, bila time lunch aku suka goreng telur ayam just as makanan sampingan yang dicicah dengan sos . so, time ayam betina tengah sibuk cari 'barang' tuk anak dia, aku rembat sebiji telur ayam . wahhh~ hahaha . tersasar dari tajuk asal banyak cerita pasal ayam pulak . okay, back to the topic , jiran aku nie ade bela ayam tapi seekor je .itupon ayam jantan . apa laa sangat kann .

aku still engat lagi bila family aku takde kan bende paling kiteorng check dulu is ayam . tengok ayam dah hilang dari sangkar tu , nie dah agak dah konfem laa jiran aku si anak MAT JIBRAIL yang mencurinya .so, PUAN SITI  apa lagi cepat cepat dia pegi rumah jiran aku tu then tuntut balik ayam  . nak dijadikan cerita , mak dah nampak ayam tu dekat laman rumah dia siap dikurung lagi . then, mak aku tanye ,

mak : maner dapat ayam nie ?
anak mat jibrail : ayam datang dari langit .
 *waklu, dtg dari langit

macam haram je jawapan dia kan . datang dari langit kepala dongga kau . ahh, mak aku ape lagi, amek balik laa ayam tu . motif dia curi ayam , first, dia jual dekat orang jual ayam yang bawak moto tu, second, dia nak buat laga . kononnya, itu laa game fevret dia mase kecik kecik dulu . kesian .

itu binatang, yang nie pasal besi buruk pulak . rumah aku ni penuh dengan barang barang lama .macam periuk, cerek air besar, acuan kuih, macam macam laa . tapi , maybe time tu family aku tak sedar yang jiran aku nie dah curi sumer barang barang tu . family aku sedar lepas mak berjalan jalan dekat keliling kawasan umah . mak TERperasan yang periuk, cerek segala bagai tu sumer dah hilang . ape lagi, bising laa mak aku . kau tau dia buat apa dengan barang barang semua tu ? jual kat besi buruk choii . macam sial je . bukan periuk belanga je, basikal aku pon dirembat jugak . alamak, memang wadafak laa kan . hadoy, memang haram laa dyorang makan hasilnya.

kalau aku citer banyak pon kome bukan bace, tapi mmg banyak laa kejahatan yang anak anak jiran nie buat kat rumah aku nie . senang citer laa, memang agak malang berjiran dengan orang yang camtu . yang baru nie, moto LC abang aku hilang . memang dasyat laa babe . dah lah 1st ramadan hilangnye . nak tuduh jiran aku nie rase serba salah jugak, tapi dah semestinya aku rase jiran aku kot . entah entah dyorang curi then jual . haaa, memang sedap laa kalo camtu .

tapi apakan daya, keluarga dyorang nie tak boleh diusik kalo diusik jugak memang kena serang laa jawabnya. pantang kene tegor mule laa nak maki maki . aku jiran dia aku tau laa babe . HAHA . banyak pengalaman le katekan . tapi, biarlah dyorang tu mcmtu . jahat balasnya jahat . tak boleh lari kemane dyorang tu akhirat nanti kene ngadap tuhan jugak . mintak maaf banyak banyak if entry aku kali ini ada berbaur keaiban ke . ini pon aku cerita secare tak sengaje sebab tengah syok sembang mak tiba tiba aku terdetik hati aku nak masuk cerita jiran aku nie dlam blog .untunglaa .


p/s : berlagak laa jiran aku, cerita dia msuk blog . haha . kasi hawt laa jiran aku nie .





Wednesday, September 14, 2011

perbezaan yang ketara

assalamualaikum and say hello hello yaww ;)

entry kali ini aku nak story pasal life aku mase dulu dulu and life aku mase sekarang . so, check it out .



DULU
* bila kita nak melintas jalan mak selalu pegang tangan kita cepat cepat tujuannya nak bagi kita selamat bila kita melintas jalan

SEKARANG
*bila aku nak melintas jalan aku tengok kiri kanan kiri kanan ...eh, mak aku dah ade kat seberang jalan . ceh, ade ke patot tinggalkan aku terkontang kanting kat tepi jalan . haa, pandai pandai laa ko melintas sendiri

DULU
* aku selalu teman mak pegi kedai, pegi kebun, umah kawan mak and maner maner jelaa senang citer ade PUAN SITI aku konfem ade punyelaa .then, bile naik moto dengan mak, mak selalu pesan ' pegang mak kuat kuat, nanti jatuh'

SEKARANG
*tapi bila umur aku dah menjangkau belasan tahun usahkan pegang nak teman mak pegi kedai pon malas , nak buat ape . bikin pancit tayar moto jak .

DULU
* kalo bab nak bermanja manja konfem aku pegi kat bapak aku . macam macam laa dibuatnya maen laga hidung laa, kedip kedip mate laa, 

SEKARANG
* usahkan nak bermanje bersembang pon idak aku pernah sebab mukenye yang garang membuatkan aku tak berani nk bersembang dgn abah walaupon dalam hatinya ada taman .

DULU
* abang abang aku selalu buli aku pastu biler aku menages diorang kene marah balik

SEKARANG
*hurmm . buli tu still lagi ada tapi yang peliknya aku yang jadi mangsa dengan aku sekali kene marah . HAHA

DULU
* adik beradik aku ada 8 orang .

SEKARANG
* tinggal 6 orang ;'(



btw, itulah perbezaan aku dulu dan sekarang . tak silap aku banyk tapi makin meningkat usia makin banyak memori aku hilang tu sebab sikit je . HAHA. takpe laa , lepas ni amalkan kismis cikgu kudus .


peace :)